09Aug

Pembangunan Windows 8 Telah Mencapai Build 8063

Microsoft

Setelah sekian lama tidak kedengaran berita mengenai Windows 8, kini ianya dilaporkan yang mana Microsoft semakin hampiri pembangunan versi beta, dimana versi terakhir yang diketahui buat masa ini adalah Windows 8 Build 8063 yang mana telah dihimpunkan pada 4 Ogos yang lepas. Walaubagaimanapun, ianya masih belum tersebar di internet seperti versi pembangunan sebelum ini.

Pada masa yang sama, versi pembangunan ini masih lagi dilabelkan sebagai versi Milestone 3, dan belum lagi memasuki fasa beta. Ianya juga kelihatan yang mana kini Microsoft mengawalnya dengan rapi, dimana versi terakhir yang tersebar diinternet adalah pada bulan Jun yang lepas, dan sejak daripada Microsoft memperlihatkan antaramuka baru Windows 8, tiada versi baru yang terlepas ke arena internet.

Microsoft juga bakal mengadakan sebuah persidangan khas, iaitu BUILD pada bulan hadapan, yang mana akan memperlihatkan pelbagai perkara menarik berkaitan Windows 8. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


Ubah Status Drive XP Kepada Bentuk Vista
Live Web Messenger Kini Menyokong Facebook?
Windows 8 Pada 2012?
Skype Untuk iPad Mula Kelihatan Di AppStore New Zealand
Internet Explorer 6 Kini Genap 10 Tahun Dilancarkan

15 Komen

  1. Izzat Aziz pada 09 Aug 2011

    lambatnya nak kuar, tak sabar nak upgrade.. jangan jadi vista udah.

  2. SJ pada 09 Aug 2011

    best

  3. arpem pada 09 Aug 2011

    bla nk dlncar nie…

  4. ali mamak pada 09 Aug 2011

    ape spec pc yg bleh pakai window 8 ni eh

  5. Raheem pada 09 Aug 2011

    bg aku win8 ni bg kelebihan pd mrk yg guna touchscreen skaligus merealisasikan kata2 “maklumat di hujung jari”. hohoho (^o^)

  6. ikoko pada 09 Aug 2011

    Sat lagi september… huu.. tak lama lagi nieh amanz…

  7. Mayang Abadi pada 09 Aug 2011

    macam best… boleh cari juga ni

  8. Muhammad Haziq pada 10 Aug 2011

    cool.

  9. yapompiow pada 10 Aug 2011

    cepat2 lah release!!

  10. syafiq kamil pada 10 Aug 2011

    dah tak sabo dah ni menanti.

  11. shafiq pada 10 Aug 2011

    Window yang akan banyak tiles.

  12. izzat pada 10 Aug 2011

    jangan jadi cam gajah putih vista dah laa.

  13. zerous pada 10 Aug 2011

    macam x sabar nk try… tapi win7 ni pom x abis khatam lagi…heheh

  14. bravo!!! pada 11 Aug 2011

    mtak2lah x mahal…kalau x ilegalah jd pilihan….

  15. farouk pada 30 Aug 2011

    kita kene stand by dengan spec pc yang lebih canggih untuk support windows 8 nanti.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader