31Aug

Penggunaan Pelayar Web Opera Mini Oleh Pengguna Malaysia Memperlihatkan Peningkatan

Perisian

Kini, Opera telah pun mengeluarkan laporan statistik mereka untuk bulan Julai yang lepas, memperlihatkan penggunaan Opera Mini seluruh dunia meningkat antara 5% hingga 10% secara konsisten, dan pada masa yang sama, meletakkan Malaysia sebagai salah satu negara di rantau Asia Tenggara dengan penggunaan Opera Mini yang tinggi.

Di Malaysia sahaja, penggunaan Opera Mini memperlihatkan peningkatan angka pengguna unik sehingga 37.7% dengan peningkatan penghantaran dan penerimaan data sehingga 52.0% sejak Julai tahun lepas. Dan walaupun Facebook menyediakan pelbagai aplikasi mudah-alih menarik, ianya kelihatan laman Facebook turut menjadi minat para pengguna tempatan utama untuk membuka melalui Opera Mini, serta diikuti oleh laman Google dan juga YouTube. Laman perkongsian 4Shared.com dan juga FilesTube turut menjadi pilihan utama pengguna Malaysia untuk membuka melalui Opera Mini.

Dari segi peranti yang digunakan oleh para pengguna Malaysia pula, yang utamanya adalah peranti Nokia, memperlihatkan yang mana pengguna Nokia tempatan lebih meminati menggunakan pelayar web Opera Mini untuk melayari laman web.

Walaubagaimanapun, laporan yang dikeluarkan oleh pihak Opera ini adalah lebih kepada penggunaan Opera Mini dan bukannya pelayar web Opera Dekstop ataupun Opera Mobile mereka.


Opera Membangunkan Enjin JavaScript Terpantas Di Dunia
Firefox 3.6 Bakal Tiba Tidak Lama Lagi
MY Rights - Ketahui Hak Anda Apabila Berhadapan Dengan Polis
Aplikasi Android Golden Screen Cinemas Diperkenalkan
Firefox 12 Sedia Untuk Dimuat-Turun Dari Pelayan FTP Mozilla

9 Komen

  1. epul pada 31 Aug 2011

    amik ko semua Nokia, yg Nokia C3 ngan Nokia N70 tu aku la tu, hahaha :-p

  2. jyundoo pada 31 Aug 2011

    aku suka guna opera mini ni, memang laju nya berbeza sket berbanding yg lain

  3. aried pada 31 Aug 2011

    hm… bagi aried mozilla firefox still lagi the best. maybe pasal dah lama guna..

  4. gingercruzt pada 31 Aug 2011

    mozilla firefox ftw

  5. haziqfathihin pada 31 Aug 2011

    firefox gak yg terbaik…lagi2 firefox 9 byk sgt improvement..

  6. kss pada 31 Aug 2011

    best..tapi perlu upgrade supaya lebih best.

  7. Raheem pada 31 Aug 2011

    kalo xleh surf pakai opera mini kt henfon, bole try UC Browser. not bad la…
    download kt cni; http://www.ucweb.com/English/UCbrowser/product_choose_browser.html

  8. sepan pada 31 Aug 2011

    ok. opera mini memang best. ringan je rasanya. tapi mozilla lagi best sebab banyak add ons.

  9. topo pada 01 Sep 2011

    aku pengguna setia opera mobile


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader