Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti mana yang kita semua sedia maklum, minggu hadapan, umat Islam seluruh dunia akan merayakan Hari Raya Aidilfitri dan juga, keseluruhan rakyat Malaysia akan meraikan Hari Kemerdekaan yang ke 54. Berdasarkan kemaskini Tweet dan Facebook kebanyakan rakyat akan bercuti selama seminggu bermula daripada Isnin ini.
Maka tidak dapat dinafikan minggu hadapan kita akan sibuk bercuti, yang mana, ianya satu perkara yang menenangkan kita semua dan akan merehatkan diri kita dari kerja, sekaligus memungkinkan keadaan yang mana anda, para pembaca setia kami, akan berjauhan dengan Amanz.
Namun begitu usah bimbang, kami faham dan kami juga manusia yang mempunyai keluarga, sahabat handai serta saudara mara yang perlu diziarahi pada musim perayaan ini. Justeru, bagi memastikan anda semua masih boleh mencerna informasi berkaitan teknologi sambil mencerna ketupat dan rendang, kami menyediakan Langganan Buletin Harian Amanz. Kesemua berita pada hari tersebut akan dikumpulkan didalam satu email yang akan dihantar kepada anda.
Jadi anda tidak perlu bersikap acuh-tak-acuh kerana menggunakan peranti elektronik anda untuk melayari laman web kami semasa melawat saudara mara anda.
Tahukah anda, agak kurang sopan kalau kita ziarah-menziarahi sanak-saudara, dan kita terlalu asyik dengan peranti kita, tidak kira sama ada sedang menggunakan laman sosial, mahupun melayari blog.
Langgani Buletin Harian Amanz disini.
Juga dikesempatan ini kami ingin menasihati para pembaca kami yang akan memandu, jangan melayari Amanz.my, membaca/mengemaskini Twitter atau Facebook, dan juga jangan sibuk ‘check-in’ di Plaza Tol kecuali keadaan benar-benar selamat untuk anda mengalih perhatian anda.
Akhir kata, kami, warga kerja Amanz.my memohon ampun dan maaf andai terdapat terkasar bahasa, tersombong peribadi, dan juga andai ter-troll. :p
Sekian sahaja dari saya, Ikhwan Nazri (@tekong), yang mewakili Aman Firdaus (@amanfirdaus), Effi Shaharuddin (@obefiend), dan juga keseluruhan warga kerja Amanz Network.
Nantikan sesuatu yang menarik selepas Raya. Yosh!
39 Komen
Tinggalkan Komen Anda
selamat hari raya amanz network… ada rumah terbuka tak wahai ceo…?!
selamat hari raya buat team Amanz.my
Salam raya buat warga kerja Amanz.my. Salut!
Selamat hari raya juga buat pasukan Amanz.my, semoga percutian beraya nanti akan memberi kenangan manis…
Jaga makan dan minum, memandu elok2 yer.
check in kt tol !
check in kat tol aku rasa aman dengan tekong pernah buat… hahaha
Selamat Hari Raya buat Amanz.my
ape yg menarik selepas raya tuh .. jeng jeng jeng
selamat ari raya amanz.my
Selamat hari raya too amanz and the geng
selamat hari raya team amanz. gadget saya off time raya pertama dan kedua
selamat hari rayaaaaa semuaaa
haha… cam bes.. selamat hari raya amanz
selamat hari raya bro…. duit raya!!! hehe
t’baek..eppy aid..
slmt hari raya & merdeka!!! smoga team amanz terus maju!
selamat hari raya maaf zahir batin buat team amanz
Takde pantun
Takde ayat best
Takde duit raye
Ati2 djaln raye
Selamat Hari Aidilfitri…. Maaf Zahir & Batin
Selamat Hari Raya Jugak
selmat hari raya gak kepada team amanz…jgn lupa wit raya..
selamat hari raya kepada team amanz.. semoga terus sukses!!
salam aidilfitri & salam kemerdekaa.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI AMANZ NETWORK..
selamat hari raya amanz crew.
SELAMAT HARI RAYA ALIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN AMANZ NETWORK ..
Selamat Hari Raya Amanz Network
@amanfirdaus @tekong @obefiend : selamat hari raya. maaf zahir dan batin. :3
dah subscribe. tapi belum tentu dapat email, roaming di indonesia syawal ini..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada warga kerja Amanz Network. Duit raya untuk pembaca setia amanz.my tak ada ke?
selamat hari raya. nanti buat surprise besar besar september nanti,
selamat hari raya buat kengkawan di Amanz Network
selamat hari raya diucapkan kepada semua warga amanz yang semakin bijak mengatur strategi.
doa diiringi untuk perjuangan dalam dunia blog tempatan dan dipermudahkan jalan kejayaannya.
ingatkan nk bg duit raya, hehe
Dari dulu lagi dh langgan feed amanz. Mmg x terlepas dari dulu la. Hehe..
Selamat Hari Raya,
slamat ari raya bro…
selamat hari raya!
Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Amanz.my dan sekalian umat Islam
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432H.
Yang balik kampung selamat sampai dan pandu dengan cermat.
Check in dkt plaza tol?hahaha
ade yg buat ek..lol
Selamat Hari Raya buat Amanz Network. semoga lebaran kali ni akan menampakkan lebih kemajuan dari setiap segi blog Amanz yg sudah sedia hebat ni