Dengan beberapa peranti telah pun menerima kemaskini Gingerbread, ura-ura berkaitan versi Android generasi akan datang sudah pun mula kedengaran. Kini, ianya diperkatakan yang mana peranti yang menggunakan Android Ice Cream Sandwich kelak mungkin akan dilancarkan seawal bulan Oktober kelak.
Berkemungkinan, ianya adalah salah satu strategi daripada Google untuk mengelakkan para pengguna untuk beralih kepada Windows Phone Mango, iPhone dan juga Nokia N9 MeeGo yang dijangka akan dilancarkan pada tempoh serupa, iaitu sekitar September dan Oktober.
Buat masa ini, apa yang diketahui mengenai Ice Cream Sandwich adalah dimana ianya akan membawakan antaramuka dan rekabentuk sedia ada daripada Honeycomb untuk para pengguna telefon pintar sekali, serta beberapa perkara baru, termasuk sokongan Virtual Camera Operator. Mungkin kita akan ketahui lebih banyak maklumat berkaitan dengannya dalam masa terdekat ini.