03Aug

Perkhidmatan Ovi Calendar Berasaskan Web Akan Dimatikan Pada 31 Ogos

Web 2.0

Nokia terus mengemaskini tawaran perkhidmatan mereka, dimana kini mereka telah pun mengumumkan yang mana mereka bakal menghentikan perkhidmatan Ovi Calendar berasaskan web bermula daripada 31 Ogos kelak. Namun begitu, para pengguna masih boleh mengaksesnya melalui peranti Nokia mereka, dan tidak terjejas dengan pengumuman ini.

Nokia mengumumkan yang mana mereka bakal menghentikan perkhidmatan Ovi Calendar berasaskan web itu yang mana boleh diakses melalui Ovi.com. Untuk mengatasi kehilangan data, para pengguna boleh memuat-turun data Ovi Calendar mereka ke desktop dengan mudah, ataupun mengesksport data tersebut ke beberapa perkhidmatan lain seperti Windows Live, Google dan juga Yahoo.

Menurut Nokia, penutupan Ovi Calendar ini adalah salah satu keputusan yang mana perlu diambil untuk menumpukan kepada perkhidmatan utama Nokia. Mungkin juga, ianya adalah kerana Nokia mula memberikan perhatian kepada platform Windows Phone yang mana didatangkan dengan perkhidmatan Windows Live yang terbina padanya.


SatuMalaysia - Laman Peribadi Najib Razak?
Twitter Untuk iOS 3.3 Membawakan Pelbagai Fungsi Baru
NovaWeekend Memperlihatkan 6 Projek Baru Dilancarkan
Skype Membincangkan Mengenai Hala-Tuju Bersama-sama Facebook
TED-Ed Menyampaikan Video Berkaitan Pendidikan Dalam Bentuk Animasi

9 Komen

  1. Amir Hamzah pada 03 Aug 2011

    Sebagai seorang yg masih lg menggunakan Nokia, aku kecewa :-(

  2. syed pada 03 Aug 2011

    Nokia hanya pentingkan penjualan telefon baru daripada pengemaskinian perisiannye… So aku labelkan sbg “kebajikan pengguna diabaikan..”
    mari kite beralih kpd android… Banyak syok dgn android lebih interaktif…

  3. syed pada 03 Aug 2011

    Nokia hanya pentingkan penjualan telefon baru daripada pengemaskinian perisiannye… So aku labelkan sbg “kebajikan pengguna diabaikan..”
    mari kite beralih kpd android… Banyak syok dgn android lebih interaktif…

  4. Mashi pada 03 Aug 2011

    betul
    salu mengabaikan dalam soal mengemaskini perisiannya

  5. bravo!!! pada 03 Aug 2011

    nokia oh nokia….nokia seolah2 “memaksa” penggunanya bertukaq kpd jenama yg lain…termasuklah aku…

  6. budakudm pada 03 Aug 2011

    go for android…saya dlu pun symbian user yg kecewa…huhu

  7. Famili Ceria pada 04 Aug 2011

    nokia lupakan pelanggan lama dia…

    Entri Menarik:
    Kesilapan Dan Kesalahan Di Bulan Puasa

  8. Hafoz pada 04 Aug 2011

    Berapa banyak “yang mana” tah………….

  9. azwan11 pada 04 Aug 2011

    nokia nokia. bila nak care pasal pngguna?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader