Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Awal pagi ini, Microsoft telah pun memperlihatkan sokongan USB 3.0 pada Windows 8. Menariknya beberapa pembaca Amanz telah pun mengenal-pasti beberapa perubahan kecil pada antaramuka Windows Explorer yang diperlihatkan, berkemungkinan akan diperkenalkan pada sistem operasi Windows 8 kelak.
Melaluinya, ianya kelihatan yang mana Windows 8 menguji nama pada title-bar yang dipertengahkan, berbeza dengan sistem operasi Windows sebelum ini. Pada masa yang sama, ianya juga kelihatan terdapat anak panah ke-atas bersebelahan dengan bar direktori pada Windows Explorer.
Berkemungkinan perkara ini masih lagi pada peringkat awal ujian, dan mungkin tidak akan diperkenalkan pada versi akhir kelak, dan mungkin juga ianya akan diperkenalkan. Mungkin kita akan dapat ketahui dan melihat lebih banyak perubahan pada Windows 8 kelak apabila Microsoft melancarkan versi pembangunannya kepada umum pada pertengahan bulan hadapan. Sama-sama kita nantikannya.
14 Komen
Tinggalkan Komen Anda
icon satu lagi aman oit…
Apakah perbezaan ketara di antara win 8 dan win 7 ….lebih kurang je?
try tengok video tue. perbezaan ketara dari segi antaramuka.
dah Windows 8 dah. aku masih lg dok pakai Windows XP ni. huhu
hmmmm.. nampak gaya Microsoft nak kembalikan button UP dlm explorer.. dulu ada, cuma dlm Windows 7 je diorg buang mungkin sebab fungsi breadcrumb dlm addres bar tu dah mencukupi kot..
masih x jelas perubahan nya…
nice interface windows 8 ni, tp macam berat je.. hoho
salam…
windows 8 dah kuar ker bro…:D
Belum lagi. Launch tahun hadapan. Bulan depan dia release dev-preview.
semakin tggi la spec computer/lapptop~
cool
cepat lah release! xsabar nk guna..
menarik2..
windows 7 pon x khatam lagi…