17Aug

Photovine Diperkenalkan Untuk Umum – Masih Belum Untuk Pengguna Malaysia

Google

Mungkin ramai yang telah mengikuti perkembangan aplikasi Photovine yang dibangunkan oleh pasukan Slide, yang mana sebahagian daripada Google. Kini menariknya, ianya sudah diperkenalkan kepada semua. Namun begitu, percubaan pihak kami untuk menggunakannya masih gagal, dan masih belum diperkenalkan kepada para pengguna Malaysia.

Secara ringkasnya, Photovine merupakan salah satu cara menarik untuk berkongsi gambar bersama rakan-rakan dan pengguna yang lain. Setiap imej diperlihatkan dalam bentuk tag, dan anda boleh mengikuti gambar-gambar yang dirakamkan oleh pengguna lain dengan mudah dan senang.

Aplikasi Photovine untuk iOS kini sudah pun boleh didapati melalui AppStore, namun masih belum boleh diakses oleh pengguna tempatan buat masa ini. Selain daripada Photovine, pembangun sama juga turut membangunkan aplikasi Disco dan juga Pool Party.


Nexus One Yang Pertama Akan Menerima Android 2.3?
Google+ Mempunyai Lebih Daripada 25 Juta Pengguna?
Google Memperkenalkan Schemer - Dapatkan Jemputan Hari Ini Di Amanz
Kini Anda Boleh Bermain Permainan Arked Pada Chrome Melalui Sokongan MAME
Google Memperkenalkan Kemaskini Kepada Carian Berkaitan Imej

3 Komen

  1. Kalamhati pada 17 Aug 2011

    teruja gak!

  2. EiNS pada 18 Aug 2011

    Nope…aku guna ok je dan aku dok malaysia skang

    • Aman pada 24 Aug 2011

      nope. mungkin hang tetap akaun iTunes hang US rasanya.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader