15Aug

Plugin WordPress Yang Tidak Dikemaskini Lebih 2 Tahun Akan Dibuang Dari Halaman WordPress

Sumber Terbuka, Web 2.0

Salah satu sebab mengapa WordPress berjaya adalah kerana plugin yang dibangunkan oleh pihak ketiga untuknya. Kini, dalam memastikan ekosistem-nya kekal menarik para pengguna, Matt telah pun mengumumkan polisi baru, dimana pembangun plugin diminta mengemaskini plugin sekurang-kurangnya 2 tahun sekali.

Melalui polisi baru itu juga, sekiranya plugin tersebut tidak dikemaskini untuk lebih daripada dua tahun, maka ianya akan disembunyikan daripada halaman repo untuk plugin WordPress, dan para pengguna tidak akan menemuinya walaupun melakukan carian melalui laman WordPress.

Perkara sama juga dijangka akan diperkenalkan pada tema-tema pada halaman WordPress. Ini sekaligus akan memudahkan para pengguna, dan pada masa yang sama memastikan plugin dan tema tersebut serasi dan dioptimasikan dengan WordPress versi terkini.


Friendster Memperkenalkan Fungsi Sembang (Chat)
AVG Melancarkan Perkhidmatan Storan Atas Talian - LikeKive
Muat-Turun Aplikasi Facebook Messenger Untuk Windows 7 Sekarang
Paparan Skrin Utama Mozilla Boot-To-Gecko Diperlihatkan
Mozilla Thunderbird 13 Bakal Didatangkan Dengan Sokongan IM

5 Komen

  1. mohd azizul pada 15 Aug 2011

    btol da… byk plugin utk kegunaan pengguna… rambang mata nak pilih..

  2. megat pada 15 Aug 2011

    terbaek! 2 tahun dah cukup lama untuk tentukan komitmen author plugin tersebut. lepas ni mereka berusah untuk update plugin.

  3. muhammad fakhruddin pada 15 Aug 2011

    Elok juga supaya plugin sesuai dgn theme dan versi wordpress terkini :)

  4. Scromix pada 15 Aug 2011

    bila Matt dah bersuara. ahaha

  5. Pisyek pada 15 Aug 2011

    elok sangat lah tu, menyemak je aku tengok. :D


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader