Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti mana yang diperkatakan semalam, akaun MyEmail telah pun boleh mula didaftarkan oleh semua. Namun menariknya, kini ada yang sudah dapat mengakses halaman emel dan beberapa perkhidmatan tambahan yang dibawakan oleh MyEmail. Namun tidak seperti semalam, kini ianya boleh diakses tanpa penggunaan biometrik.
Beberapa pengguna yang mendaftarkan pada pagi ini, sudah pun dapat mengaksesnya, dan menggunakannya dengan mudah. Secara ringkasnya, ianya memerlukan para pengguna menunggu emel untuk mengaktifkan akaun tersebut yang mengambil masa hampir 12 jam lamanya. Selain daripada itu, ianya tidak dapat dipastikan bagaimanakah ianya akan berfungsi untuk pengguna tanpa akaun emel sedia ada.
Daripada paparan antaramuka yang diperlihatkan, ianya memperlihatkan yang mana MyEmail menggunakan antaramuka Windows Live sepenuhnya tanpa sebarang perubahan besar kelihatan padanya. Pada masa yang sama, pengguna juga turut ditawarkan perkhidmatan yang sama seperti terdapat pada akaun Windows Live, termasuk akses Skydrive dan lain-lain.




Gambar milik penuh @einztrigger
15 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
sebijik windows live domain nih…
kalo guna exchange pun logik gak..ini macam perkhidmatan yang susah (WLD)..dipersusahkan (MyEM)…
email notification grammar tak betul..hahaha
Thank you for registering for a myemail account. Your registration needs to be verified by JPN. We will get back at you in 24 hours.
Sincerely,
myemail Team
*We will get back at you in 24 hours <–bior benor grammar tu..bunyi mcm nak balas dendam tu…hahahah
fail bebeno
i know what you did last 24 hours… hahahaha….
menyusahkan je .. rugi 1 juta
tak de apa2 yg boleh dibanggakan pon. smo ciplak je
seriously aku nak tanya. ada apa dengan MyEmail.my ? boleh x kompeni tu jelaskan-jelasnya dengan logiknya modal yang digunakannya.
aku guna live lebih kurang je.
menarik
aku sempat jumpa boss besar Microsoft Malaysia dan sebenarnye banyak kesan positif yang boleh buat dari program macam ni. mungkit tak nampak sekarang, tapi fikir ke hadapan.
btw, aku pun tak berapa sokong sangat program ni, tapi pasti ada kesan jangka masa panjang kalau kita betul gunakan secara menyeluruh. sekadar pandangan.
p/s: kalau tak guna lagi jangan ngutuk
aku sokong, memang ada kebaikkan…
tak caya tunggu..
alu rasa aku takkan gunakan samapai tahap kena paksa rela. kikikiki
perlu keee… -_-”
semua tentang duit. kerajaan sekarang, ‘i like’.
gmail tetap menjadi pilihan