22Aug

Projek TouchDroid Ingin Membawakan Android Kepada TouchPad

Gajet, Perisian

Seperti sedia maklum, HP telah pun mengumumkan penghentian pengeluaran tablet dan telefon pintar berasaskan webOS mereka, sekaligus menjadikan masa depan tablet TouchPad tanpa arah. Namun begitu, mungkin kini pemilik TouchPad boleh menarik nafas lega, memandangkan sebuah kumpulan baru sedang membangunkan TouchDroid.

Melalui projek TouchDroid, ianya kelak akan membawakan sistem operasi Android kepada para pengguna TouchPad. Sebagai permulaan, mereka sedang membangunkan TouchDroid berasaskan Android 2.3 Gingerbread.

Walaubagaimanapun, ianya masih tidak diketahui samada adakah ianya akan mendapat maklumbalas positif para pengguna TouchPad, memandangkan webOS merupakan salah satu platform yang amat cantik, dengan pelbagai fungsi yang jauh kehadapan berbanding tablet lain.

Sama-sama kita nantikan perkembangan TouchDroid ini.


Firefox 6 Beta Dilepaskan Untuk Windows, Mac Dan Linux
Celcom Bakal Menawarkan BlackBerry Bold 9900 Dan Torch 9860
Samsung Memperkenalkan ChatOn - Pesaing iMessage Dan BBM
(Video) Corning Mempertontonkan Masa Hadapan Dengan Teknologi Skrin
Symantec Memperkenalkan Backup Exec 2012 Dan NetBackup 7.5 Di Malaysia

5 Komen

  1. Ismail pada 22 Aug 2011

    macam kurang sambutan je touchdroid ni ?

  2. akmalhisyam pada 23 Aug 2011

    mcm best..
    harga pun dah murah..

  3. Roslan pada 23 Aug 2011

    buat jela ape pun..janji android best..lol

  4. Hasra pada 23 Aug 2011

    silakan… akan lebih memeriahkan dunia tablet…

  5. aizul pada 23 Aug 2011

    bape rege???


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader