24Aug

Pusat Membeli-Belah Bakal Diperkenalkan Secara Maya?

Web 2.0

Kini, pembelian melalui internet sememangnya telah menjadi mudah, dan para pengguna tidak lagi perlu keluar rumah untuk membeli barangan lagi. Pelbagai perkara ditawarkan terus melalui pelayar web, daripada barangan dapur, sehinggalah ke kasut dan pakaian. Dan menariknya, kini sebuah video khas diperlihatkan menunjukkan pembelian alam maya dalam bentuk lebih menarik lagi.

Melaluinya, ianya menunjukkan yang mana sebuah pasaraya direkabentuk dalam bentuk maya, membolehkan para pengguna melayari, serta pada masa yang sama terus mencuba barangan tersebut terus melalui komputer mereka, dan tidak lagi perlu keluar rumah untuk ke pasar raya.

Mungkinkah ianya akan dilaksanakan pada masa akan datang? Bagaimana pula sekiranya ianya diintegrasikan bersama-sama dengan Kinect, dan memudahkan lagi urusan pembelian kita? Menarik bukan?

Kemaskini : Tesco di Korea Selatan telah mencuba salah satu perkara menarik bagi memudahkan pembelian, iaitu dengan menggunakan kod QR dan pembelian melalui telefon pintar. (Terima kasih Hazriq)


Facebook Bakal Memperkenalkan Sesuatu Rabu Ini
Ujian Alpha Diaspora Sebelum Penghujung November
EBay Malaysia Turut Melancarkan Laman Diskaun Dan Tawaran Harian
iBilik Memudahkan Pencarian Bilik Untuk Disewa Di Malaysia
HackrBackr - Dapatkan Idea, Mentor, Dan Pandangan Untuk Projek Anda

20 Komen

  1. apelfotografii pada 24 Aug 2011

    idea yg sgt nice. kompem generasi akan dtg mcm dlm cter wall-e.

  2. sinach pada 24 Aug 2011

    bila Mydin@Giant nk follow? hehe

  3. idd pada 24 Aug 2011

    memang hebat….

  4. Azah pada 24 Aug 2011

    baru nk cakap, kat korea mmg dh ada sistem ni. kat tempat tunggu bas pun ada katalog. klau nk beli, scan je sambil2 tunggu bas. pastu barang smpai kat umah.. huhu

  5. azzmi80 pada 24 Aug 2011

    walaupun kerja nampak mudah, pihak pasaraya juga memerlukan pekerja yang ramai untuk hantar barang yang dibeli pelanggan. so masih banyak juga peluang kerjaya.

  6. Hazriq Ishak pada 24 Aug 2011

    awesome lah. tapi kalau internet slow. tersangkut sangkut lah waktu view. hueheuehueheuheu

    • Shambie Adzhan pada 24 Aug 2011

      bila nk checkout order, sangkut tgh jln.. payment failed! i’ve experienced it so many times. kalau kat korea internet laju sgt. tak mcm kt sini. kalau malaysia nak buat, baik upgrade infrastruktur network tu dulu ;)

  7. yapompiow pada 24 Aug 2011

    smart!

  8. zuan pada 24 Aug 2011

    fast forward pnya idea :)

  9. Izzat Aziz pada 24 Aug 2011

    menarik, future is brighter.

  10. AMR pada 24 Aug 2011

    wow, makin maju.. dan manusia pun jadi semakin malas.. erm..

  11. ekspresiruang pada 24 Aug 2011

    lepas ni manusia makin obese la jawabnya. huhu

  12. nizamghazi pada 24 Aug 2011

    video pertama tu dah macam main game 3d pulak. besh2

  13. edyzaidi pada 24 Aug 2011

    pergh.. best gile..

  14. zerous pada 24 Aug 2011

    biler la bnda2 macam ni nk sampai kt tempat kita kan? semua jadi virtual…video first tu jadi macam Rabu Kedu la plak…hehehe

  15. Shambie Adzhan pada 24 Aug 2011

    apa kata buat apps pulak. lagi sonang. tak payah amik gambar kat dinding tu.. heheh

  16. BloggerHowtt pada 24 Aug 2011

    Senang sikit kalau ada service mcm ni ;p

    Siapa Blogger Traffic Hunter

  17. zaini pada 24 Aug 2011

    gile kentang ni…

  18. terompahcaring pada 24 Aug 2011

    Sangat terbaik lah :)

  19. danniel shazmeer pada 24 Aug 2011

    wow


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader