06Aug

Qwest Membolehkan Soal-Jawab Berkaitan Lokasi Lebih Interaktif

Web 2.0

Salah satu aplikasi yang diperkenalkan pada HackWeekend pada minggu lepas adalah Qwest yang mana dibangunkan oleh tiga orang pembangun dari YouthAsia. Melalui aplikasi ringkas tersebut, ianya membolehkan para pengguna bertanyakan soalan berkaitan lokasi, dan mendapatkan balasan daripada para pengguna lain dengan mudah.

Menariknya, berbeza dengan aplikasi seumpamanya yang lain, jikalau seseorang itu hendak membalas soalan tersebut, mereka perlulah berada disesuatu lokasi, dan jawapan akan ditambah berdasarkan penggunaan teknologi geolokasi tersebut, sekaligus menjadikannya salah satu aplikasi yang menarik dan berbeza dengan yang lain.

Buat masa ini, tiada sebarang aplikasi iPhone ataupun Android yang telah dikeluarkan. Namun begitu, para pengguna boleh mengaksesnya melalui pelayar web mudah-alih anda, yang mana sememangnya telah dioptimasikan untuk para pengguna peranti mudah-alih.


Nama Domain .me Sudah Boleh Di Daftar
Facebook Menguji Pemuat-Naik Gambar Yang Baru
Ikuti Anugerah Skrin Melalui Twitter
Muat-Turun Pada Gumuu Kini Lebih Mudah
Twitter Kini Mempunyai Lebih Daripada 140 Juta Pengguna Aktif

5 Komen

  1. Hyuuga pada 06 Aug 2011

    screen kt atas tu cm screen dlm iphone jekk..

    • Mashi pada 06 Aug 2011

      a’ah cm app dalam iphone je

    • Firdaus pada 07 Aug 2011

      Dibangunkan sedemikian rupa. Tp web based :D Flisterz, Wfxyz dan Nguyen memang hebat. Sempoi habis.

  2. wazy pada 07 Aug 2011

    memang sempoi

  3. Azam pada 07 Aug 2011

    Nak kena cuba ni…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader