12Aug

Aplikasi Ramadhan Checklist Mempertingkatkan Produktiviti Bulan Puasa

Apple, Perisian

Nampaknya, berbeza dengan bulan Ramadhan sebelum ini, kali ini pelbagai aplikasi menarik yang berkaitan dengannya muncul. Terkini merupakan aplikasi untuk para pengguna iPhone dan iPod Touch, iaitu aplikasi Ramadhan Checklist yang mana dibangunkan oleh salah seorang pembangun tempatan – Ahmad Shaiful @musangbijak.

Ramadhan Checklist secara ringkasnya adalah salah satu aplikasi yang dibangunkan untuk meningkatkan produktiviti para pengguna beragama Islam sepanjang bulan puasa ini. Melalui aplikasi tersebut, mereka akan diperlihatkan dengan beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan pada bulan Ramadhan ini, dan para pengguna boleh menetapkan untuk mengaktifkan fungsi notifikasi harian padanya ataupun tidak.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Ramadhan Checklist ini secara percuma melalui Apple AppStore dan mula menggunakannya sekarang. Kami masih belum dapat mengesahkan samada adakah versi Android, Symbian dan lain-lain akan menyusul ataupun tidak.


Friendster dan MOL Membawakan Friendster Wallet
Cuba Opera 10.10 Bersama Opera Unite Hari Ini
Apple Bakal Melancarkan iMac Baru Minggu Ini?
DiGi Turut Sama Mengeluarkan Mesej Akan Datang Untuk iPhone 4S
FoodPanda Bakal Memudahkan Para Pengguna Membuat Tempahan Makanan Atas-Talian

12 Komen

  1. zax pada 12 Aug 2011

    bagus ni..

  2. syafi3 pada 12 Aug 2011

    bagus2…rasa berdisiplin sket..

  3. syahrilhafiz pada 12 Aug 2011

    ala ipong rupanya :D

  4. Twit N View pada 12 Aug 2011

    boleh jadikan apps sepanjang masa bukan hanya ramadhan saja…bagus2

  5. sam hajime pada 12 Aug 2011

    kemon la utk apps android xkn xde…

    • Pisyek pada 13 Aug 2011

      tolong la buatkan, terus ada la. hehehe. :D

  6. Rasul pada 12 Aug 2011

    bagus la… sekurang-kurangnya ada juga yg masih ingat produk2 untuk Islam…

  7. shahrul pada 13 Aug 2011

    menarik la.. bb x byk apps plak

  8. lutfi azhar pada 13 Aug 2011

    good stuff. love the icon. :)

  9. cursefinger pada 13 Aug 2011

    buatla untuk symbian sekali. pastu letak dekat ovi store. :D

  10. Espada pada 14 Aug 2011

    Alhamdulillah, moga2 aplikasi ni mampu membantu umat Islam untuk lebih produktif! =D


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader