03Aug

Rekabentuk Twitter Lama Akan Dimatikan Pada Minggu Ini

Web 2.0

Seperti semua sedia maklum, Twitter telah memperkenalkan rekabentuk Twitter yang baru, yang dipanggil #newtwitter pada Oktober tahun lepas, dan setelah sekian lama, kini nampaknya Twitter akan mematikan rekabentuk lama mereka, sekaligus menjadikan semua pengguna mereka menggunakan rekabentuk baru ini.

Sehingga kini, para pengguna yang menggunakan rekabentuk lama, masih dibenarkan, dan kini, pihak Twitter telah mengemaskini yang mana mengatakan semua pengguna yang masih kekal menggunakan rekabentuk lama, akan dikemaskini kepada #newtwitter pada minggu ini.

Melalui rekabentuk Twitter yang diperkenalkan sebagai #newtwitter itu, ianya membawakan rekabentuk yang menarik, serta sokongan kandungan media terus melaluinya tanpa perlu meninggalkan web, serta kebolehan untuk mengakses profail pengguna terus melalui bahagian kanan laman, tanpa perlu ke halaman profail mereka seperti sebelumnya.


If you’re currently using Old Twitter, we want to let you know that you’ll be upgraded to New Twitter this week. http://t.co/8dfSGdVless than a minute ago via web Favorite Retweet Reply


Blog Peribadi Ahmad Shabery
Domain .MY Serendah RM16 Sahaja
Ikuti Anugerah Skrin Melalui Twitter
Facebook Chat Bakal Mengintegrasikan Skype?
Maxis Melancarkan Loker Secara Rasmi - Menawarkan Ruangan Percuma Sebanyak 5GB

24 Komen

  1. matjoe pada 03 Aug 2011

    lama gak yer baru dia padam yang lama

  2. budaini pada 03 Aug 2011

    yg sekarang ni pun ok apa…

  3. Kujie pada 03 Aug 2011

    jarang sangat masuk main page twitter , nak kena check masih guna yg lama ke yg baru..

    kalau kita tak tukar, dia akan bertukar otometik ke Aman?

  4. chidori pada 03 Aug 2011

    dah tak igt dah yg lama ruper camner LOL

  5. mijie pada 03 Aug 2011

    rasanya aku gunakan yang baru dah kot, ntah…aku tak peduli pun

  6. Iwani Khalid @ Kureno pada 03 Aug 2011

    Taknakkkkkkkkkkkk takmooooo… sedihhh :( bagi balikkk #oldtwitter bagii bagi!

  7. kopi soda pada 03 Aug 2011

    mana yang still pakai interface lama tuh kena siap sedia layan interface baru :P

  8. EddyGeek pada 03 Aug 2011

    xpernah aku gunakan yang lama sebelum ni..

  9. Hati Batu pada 03 Aug 2011

    aku jarang guna twitter hehe…

  10. eSafarEE pada 03 Aug 2011

    jarang gune twitter kat website..selalu gune third party jer.

  11. rizuani pada 03 Aug 2011

    dimatikan…apa beza dengan dihentikan? mcm kereta ja dimatikan..hehehe

  12. Wan Perlis pada 03 Aug 2011

    aiman tak kisah

  13. sword pada 03 Aug 2011

    guna twitter tuk dapat info/berita yg terkini…

  14. eiman pada 03 Aug 2011

    guna twitter kat web tak feel.. sebab kena click baru kuar tweet baru.. jarang sekali guna web base utk twitter jadi tak dapat beza mana yang lama dengan mana yang baru.. biasa guna ubersocial aje kat bb

  15. khairil pada 03 Aug 2011

    memang sekarang dah guna new twitter, kalau tukar pun tak da efek :|

  16. zuan pada 03 Aug 2011

    cant wait for it :)

  17. paeh pada 03 Aug 2011

    yeah! mati cepat!

  18. Mashi pada 03 Aug 2011

    Twitter pon aku tak daftar lagi..ketinggalan zaman betul aku ni.hahaha

  19. Denaihati pada 03 Aug 2011

    Dah lama guna yg baru

  20. azam ghz pada 03 Aug 2011

    mesti cantik..!

  21. Scromix pada 03 Aug 2011

    ok le tu, nnt buat baru lagi :D

  22. hazari pada 03 Aug 2011

    alahaiii, tukar jugak akhirnya.. kan oldtwitter tu lebih kemas dan cepat untuk loading, ni nak dimatikan pulak untuk page yang lebih tak kemas dan tak cepat sangat. haihh..

    hari tu buat poll, apa dia perubahan nye lak ?

  23. Pisyek pada 04 Aug 2011

    kenapa la dorang amik masa lama sangat. hehehe. :D


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader