Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Lebih kurang sama seperti aplikasi web TimeToBuka, kini sebuah lagi aplikasi yang serupa dengannya kelihatan, iaitu SahurBerbuka.info. Melalui aplikasi berasaskan web yang dioptimasikan untuk peranti mudah-alih itu, ianya memperlihatkan waktu berbuka dan juga imsak mengikut lokasi dengan mudah.
Selain daripada itu ianya turut didatangkan dengan pilihan untuk mengubah lokasi sekiranya sokongan geolokasi padanya tidak berfungsi dengan baik. Sebanyak lebih kurang 24 lokasi disediakan, mengikut waktu berbuka dan imsak. Selain daripada itu, ianya turut didatangkan dengan pautan kepada perkhidmatan pembayaran zakat melalui SMS yang diperkenalkan Maxis.
Para pengguna yang berminat boleh melayari laman SahurBerbuka.info samada melalui pelayar web desktop anda, ataupun turut sama menggunakan peranti mudah-alih anda, dan ikuti waktu berbuka dan sahur mengikut kawasan dengan mudah melaluinya.
20 Komen
Tinggalkan Komen Anda
tahniah kepada bro omar mahdzan, dah naik pun kat sini
Tahu xpa…baru je chat ngn omar semalam. hehe..bagus la amanz!
lepas ni takyah la sibuk2 nak cari waktu berbuka & sahur nanti
naiss~
waktu berbuka = waktu maghrib, waktu imsak = waktu subuh.
saya pakai azantime, waktu berbuka dan imsak sepanjang tahun !
Imsak tk sama dgn waktu subuh. Imsak kira2 10 minit sblm subuh.
Tapi dari waktu subuh kita tw nk imsak kul bape.. jgn salah, waktu habis sahur adalah waktu subuh. imsak hanya untuk mengingatkan kita masa sahur nk dekat habis. ramai yg silap kt situ.
Yup, betul tu. Cuma nak relate waktu imsak tu tak sama dgn waktu subuh. Mkn sahur mmg boleh sampai tamat azan subuh, cuma digalakan 10 mint sebelum supaya dpt prepare kemaskan diri utk subuh (gosok gigi, cungkil sisa makanan kt gigi, etc)
Nice… cuma ada broken link untuk kelantan zon 2… walaupun page sebenar ada kalau ditukar kod kawasan berdasarkan zon 1…
wah, canggih betul sekarang kan..
tq..
Bagus ada usaha ke arah macam nie. Syabass!
tq very much.. takyah ambil kalendar free kat mashid dah pasni.. hahahahah
teknologi digunakan sebaiknya..nice^^
ditambah waktu solat pun ok
wah.. menarik gak ade web macam ni
Tahniah bro Omar
Tahniah !!!
timetobuka.com takde data. sahuberbuka.info sedikit lari dr timing dr waktu jakim http://www.islam.gov.my/sites/default/files/puasa/kl_putrajaya.pdf maybe source data berbeza ya?
Sumber data dari Liga Islam Antarabangsa, Kaherah. Mesir.