30Aug

Samsung Melancarkan Tiga Peranti Keluarga Wave Dengan BadaOS 2.0

Gajet

Setelah memperkenalkan BadaOS 2.0 sebelum ini, hari ini Samsung secara rasminya telah pun mengumumkan tiga peranti Bada mereka yang baru, yang mana bakal diperlihatkan kepada umum pada 1 September ini bersama-sama dengan peranti-peranti lain. Tiga peranti baru yang dilancarkan adalah Wave 3, Wave M dan juga Wave Y.

Wave 3 merupakan peranti utama yang bakal diperlihatkan, dimana membawakan cip pemprosesan 1.4GHz, skrin WVGA Super AMOLED seluas 4-inci, kamera 5-megapixel dibelakang dan kamera hadapan VGA, serta turut menyokong fungsi permesejan ChatOn yang diperkenalkan baru-baru ini oleh Samsung, serta menggunakan Bada 2.0 sebagai sistem operasinya.

Wave M pula merupakan peranti dengan spesifikasi sederhana, dimana turut sama membawakan kamera 5-megapixel dan juga kamera VGA hadapan, sokongan NFC secara pilihan, dan juga turut membawakan sistem operasi Bada 2.0 bersama-sama dengannya.

Wave Y pula ditujukan khas untuk para remaja, membawakan sistem operasi Bada 2.0, kamera 2-megapixel, dan juga sokongan-sokongan lain asas yang terdapat pada telefon pintar.

Ianya dijangka yang mana Samsung bakal mulakan jualannya sekitar bulan Oktober kelak, dan harganya masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Mungkin lebih banyak maklumat berkaitan dengannya akan kedengaran pada IFA kelak pada minggu ini. Sama-sama kita nantikannya.


Samsung Galaxy Tab Di Lancarkan Di Malaysia
HTC Flyer Dan Desire S Bakal Dilancarkan Jumaat Ini?
Maxis Menawarkan HTC ChaCha Pada Harga Serendah RM299
Samsung Galaxy S3 Diperlihatkan Terlebih Dahulu Dengan Lebih Dekat Melalui Video
Televisyen Pintar Daripada Samsung - SmartTV Dengan Lebih Dekat

10 Komen

  1. Mohammad Azizul pada 30 Aug 2011

    wah… raye2 pn update blog… bgus2

  2. snazzybizarre pada 30 Aug 2011

    nice UI !

  3. melayubuntu pada 30 Aug 2011

    bada..nama yang sangat negative.. bad a..

  4. rasyid pada 30 Aug 2011

    okeh wave yg first ramai orang x suka sngat sbb guna BADA sbgai os,kita tgok Wave yg baru ni mcmna plak nnti

  5. rockky pada 30 Aug 2011

    bersedialah Samsung, dah la Galaxy kena sekat jualan kt Europe, bila Apple tngok Wave nie, mesti masuk court lg nih….

  6. ekspresiruang pada 31 Aug 2011

    Samsung dah makin kencang keluarkan ‘senjata2′ baru diorang

  7. faeez faster pada 31 Aug 2011

    chatOn nak fight dengan BBM n’ Imesseges?

  8. denz pada 31 Aug 2011

    Bada OS best x?

  9. alyrds pada 01 Sep 2011

    BAGOS! ada saingan..aku suka GUI yang d mantopkan!

  10. zubairi_89 pada 02 Sep 2011

    Bada ??? yg ni OS baru ke ?? support ke dgn android.. takut mcm apple je.. bluetooh dgn 3g dgn kaum sendiri :P


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader