Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, hari ini, Samsung telah pun melancarkan beberapa peranti baru mereka kepada umum. Menariknya, bersama-sama dengan pelancaran tersebut, Samsung juga memperkenalkan skema penamaan baru untuk peranti-peranti dibawah keluarga Galaxy mereka, sekaligus memudahkan para pengguna membuat pilihan.

Sehingga kini, mungkin ramai yang sudah sedia kenali akan Galaxy S, dimana “S” membawakan maksud “Super Smart” merupakan peranti keluarga Galaxy dengan spesifikasi yang paling tinggi. Ianya diikuti oleh “R” atau “Royal” yang mana membawakan ciri-ciri premium dari segi kuasa dan juga rekabentuk.

Untuk keluarga yang diperkenalkan hari ini, adalah “W” atau Wonder dengan kualiti tinggi dan mampu milik, “M” atau Magical dengan menumpukan pada prestasti dan harga yang murah, dan akhir sekali “Y” atau Young yang mana ditumpukan khas untuk para pengguna muda dan negara membangun, dimana melaluinya ianya menawarkan peranti yang amat murah dan mampu milik oleh semua.

Pada masa yang sama, Samsung juga akan menambah setiap keluarga dengan nama tambahan khas, iaitu “Plus” yang mempertingkatkan kemaskini prestasi pada model sedia ada, “Pro” memperlihatkan penambahan papan kekunci QWERTY, dan juga “LTE” yang memperlihatkan sokongan rangkaian LTE.

Ianya tidak diketahui samada peranti Windows Phone daripada Samsung akan menggunakan nama keluarga yang sama, ataupun akan memperkenalkan nama keluarga yang baru, dan berlainan daripada Galaxy.

Pada masa yang sama, Samsung juga kini dalam persiapan terakhir, dimana mereka bakal melancarkan suatu peranti baru pada 1 September kelak, yang mana kini dinantikan oleh ramai pengguna seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd