Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selain daripada ura-ura memperlihatkan peranti Windows Phone menyerupai Samsung Galaxy S2, kini ura-ura baru kedengaran memperlihatkan yang mana Samsung sedang membangunkan peranti baru Galaxy S dengan sokongan LTE, dan dipanggil dengan nama kod Celox buat masa ini.
Ianya diperkatakan yang mana peranti LTE daripada Samsung itu menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon APQ8060, serta membawakan skrin Super AMOLED seluas 4.5-inch. Seperti peranti Galaxy S yang lain, ianya turut sama menggunakan platform Android, iaitu Android 2.3 Gingerbread, serta menariknya membawakan sokongan LTE 800MHz.
Selain itu, ianya turut membawakan kamera belakang 8-megapixel dan juga kamera hadapan 2-megapixel. Ianya masih lagi tidak diketahui samada ianya akan dipasarkan, ataupun sekadar untuk ujian dan prototaip sahaja buat masa ini. Namun, dengan lebih banyak syarikat telekomunikasi menguji rangkaian LTE, mungkin kita akan dapat melihatnya tidak lama lagi.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
skrin 4.5″ muat lagi masuk poket tak? kat malaysia takde lagi LTE kan?
boleh tahu LTE itu apa? terima kasih.
hahaha…btoi2….LTE tu menatang apa ntah.jahil nih
4G
LTE tu kalau tak silap aku salah satu teknologi 4G.. cam kat malaysia ni, 4G kita pakai Wimax je.. aku takde nampak lagi mana-mana telco offer 4G LTE..
LTE = Long Term Evolution. Dgr pasal evolusi telekomunikasi. LTE ni 2 tahun lepas just ura2 je. Some sort of new technology with dense-bit. 2 tahun lepas (time kita tgh sebok2 pasal 3G), LTe ni macam red mercury dlm dunia nuklear. Tapi sekjap rase dh klua device yg boleh pakai real LTE. Ish,ish… dunia bergerak terlalu cepat.
name die mcm handphone celop je
samsung infuse 4g dah LTE kan?