16Aug

Says.com Dilancarkan Dengan Membawakan Konsep Baru Dalam Perkongsian Sosial

Web 2.0

Mungkin semua sedia kenali akan Says.my di Malaysia, yang membolehkan para pengguna tempatan menjana wang dengan berkongsi pautan berkenaan sesuatu perkara bersama rakan-rakan yang lain. Kini nampaknya, perkhidmatan tersebut turut diperluaskan ke Amerika Syarikat dengan membawakan konsep yang baru padanya.

Melalui Says.com, ianya membolehkan anda berkongsi pelbagai pautan bersama rakan-rakan anda yang lain, dan seterusnya melihat apa yang anda telah kongsikan terus melalui halaman khas disana dalam bentuk sebuah galeri yang menarik sekali.

Buat masa ini, Says.com baru memperkenalkan sokongan untuk video, dan dijangka akan memperkenalkan sokongan untuk berita, lagu, dan sebagainya tidak lama lagi. Menariknya lagi adalah dimana mereka turut sama dijangka akan memperkenalkan aplikasi Android, iPhone dan iPad kepada para pengguna tidak lama lagi.

Tips awal daripada @RotiKaya


Hashtag Pada Twitter Telah Dimulakan Pada Ogos 2007
Pembangun LoveMakan Bakal Melancarkan Undi.my
Laman Carian Twitter Diberikan Nafas Baru
Lebih 14.7% Daripada Laman Web Di Internet Menggunakan WordPress
MyEmail Masih Memerlukan Biometrik - Laman Tidak Siap Sepenuhnya

12 Komen

  1. Twit N View pada 16 Aug 2011

    wah bagus ler team anak muda ni dh berjaya mengglobalkan servis mereka…
    tahniah buat mereka..

  2. Fairuz Sulaiman pada 16 Aug 2011

    Saya kena daftar ni…takut tak dapat duit dong heheheher

  3. sword pada 16 Aug 2011

    camne nak buat duit tu?

  4. Zul's Stuff pada 16 Aug 2011

    aku smpai skrg x join lgi benda ni….best ke?

  5. lizz pada 16 Aug 2011

    huh. aku dah join lama tapi tak pernah dapat cashout.sian kan???hahahahahaha

    • Twit N View pada 17 Aug 2011

      sgt seksa nk mengumpul sen…mkn masa bertahun2 gak kot br bleh cashout…hehe

  6. alyrds pada 16 Aug 2011

    bukan says.my ?

  7. Amirul pada 16 Aug 2011

    mana best antara benda ni dgn churpchurp?

    • paeh pada 16 Aug 2011

      kalau ikut nak buat duit. kau amik churp2. says kau boleh maksimum dapat RM5 je.

  8. nash pada 16 Aug 2011

    da lama join… kadang2 bukak..tp xaktif.. heee

  9. Firdaus pada 16 Aug 2011

    Thanks Amanz. Update yg berguna untuk aku.

  10. zulware pada 17 Aug 2011

    dah lme xguna says.my nie..ntah brape ringgit la de..hehe


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader