Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sedikit demi sedikit fungsi baru ditambah oleh Google pada halaman keputusan carian mereka, dan terkini, mereka mengintegrasikan fungsi untuk sebutan sesuatu perkataan itu dengan pantas terus melalui halaman carian, sekaligus memudahkan para pengguna mengetahui bagaimanakah menyebut sesuatu perkataan. Buat masa ini, ianya hanya menyokong perkataan bahasa Inggeris sahaja.

Fungsi ini telah pun lama terdapat pada Google, tetapi memerlukan para pengguna klik pada pautan Google Dictionary terlebih dahulu untuk melihatnya. Namun, kini tidak lagi diperlukan untuk klik, sebaliknya Google menyediakan pautan pantas pada halaman carian mereka sendiri.
Buat masa ini, ianya hanya disokong pada desktop sahaja, dan mungkin akan diperluaskan tidak lama lagi.
14 Komen
Tinggalkan Komen Anda
upgrade yang bagus..
mantap sudah google nih…
mesra oku …
Bogos betoi la google ni.lepas ni agak mudah bagi mereka yg buta utk bercyber
terbaiklah google…
sblm ni google translate
pasni apa la yg google rancang..
mantap ~
dahsyat
nice !
Terbaek..!!
Ok pasnie jgn salah sebut…
meh sini aku try dulu :p
Dah try…senang la kita nak rujuk macam mana mat saleh sebut perkataan yang tergeliat lidah kita nak sebut
google tak pernah mengecewakan pengguna