Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Microsoft hari ini telah pun mengesahkan melalui akaun Twitter mereka, dimana versi pembangunan dan percubaan Windows 8 mereka kelak akan boleh diakses dengan mudah oleh semua pengguna, dan tidak hanya dikhaskan untuk pembangun dan sebagainya. Ianya dijangka Microsoft akan mengeluarkannya versi pembangunan mereka sekitar bulan September kelak.
Sebelum ini, ianya dijangka yang mana Microsoft bakal mengeluarkan versi beta sekitar September, namun ianya mungkin terpaksa ditangguhkan, dan Microsoft hanya akan melepaskan versi pra-Windows 8 pada acara BUILD kelak. Berkemungkinan, pelbagai fungsi baru yang bakal didatangkan bersama-sama dengan Windows 8 turut sama akan diketahui pada acara tersebut.
Sementara menunggu pelancaran tersebut, mungkin para pengguna yang berminat dengan pembangunan Windows 8, boleh mengikuti perkembangannya melalui blog rasmi mereka.
Folks asking about getting pre-release bits…we promise it will be easy and not a secret.
13 Komen
Tinggalkan Komen Anda
x sabar menunggu
best! nampaknye skrg aku kena mula mencari komputer yg bakal menjadi mangsa try and error…LOL
Menarik..!!
ini apply untuk normal pc juga ke? hmm, beza sgt dr yg ksang. smoga xpening. MS slalu bg update yg berlainann lantas buat aku pening.. aku xleh bayang bapak aku leh pakai windows 8 ni nanti..Win7 pon tension sampai nk hempas laptop.haha
korang test then print screen kat sini.nanti aku tengok je.hehe…
cool.
minta2 win8 ni xjadi cam vista dah le…
terlepas versi windows 7 ke bang?
mesti best!!
yeay
cant’ wait…
jom try…
x sabar nk pakai