23Aug

SKMM Diminta Menyemai Budaya Disiplin Di Kalangan Penulis Blog

Lain-lain

Akhir-akhir ini, pelbagai berita tipu tersebar di arena internet, melalui para penulis blog yang tidak bertanggunjawab, menyebarkan perkara yang tidak benar. Untuk mengatasi perkara ini berterusan, kerajaan kini telah meminta SKMM untuk menyemai disiplin dalam menulis dikalangan para penulis tempatan.

Pada masa yang sama, SKMM turut sama diminta untuk mengambil tindakan terhadap para penulis blog yang menyebarkan fitnah dan berita tidak benar di dunia siber ini. Kerajaan juga meminta para mangsa yang pernah terlibat dalam kes-kes yang seumpama dengannya untuk hadir melaporkan perkara tersebut, selain pada masa yang sama memfailkan saman ke atas penulis blog yang terlibat.

Sebelum ini, beberapa minggu yang lepas, artikel tuduhan terhadap seorang gadis tersebar meluas, selain beberapa laporan mengenai putaran bulan, serta beberapa kes melibatkan ahli poilitik tersebar meluas di arena siber, akibat daripada para penulis blog yang tidak bertanggungjawab dalam mengesahkan informasi yang mereka terima.


Tiada Bold 9000 dan Nokia N97 Mini Esok
Laksamana Upin dan Ipin Gantikan Upin & Ipin Angkasa
KreativeThemes Ke Arah Tumblr dan Joomla
Google Memperkenalkan Antaramuka Baru Blogger Untuk Semua Pengguna
Ketahui Apa Yang Telah Dilakukan Oleh PM Najib Razak Sepanjang Beliau Menjadi Perdana Menteri

18 Komen

  1. myFirdaus pada 23 Aug 2011

    blog & facebook skrg ni dah jadi medium penyebar fitnah. kekadang punca dye, blogger kejar trafik, tuh sebab etika berblog diorg tak ambik kesah. last2 buruk jugak nama blogger. #sad laaa.

  2. EddyGeek pada 23 Aug 2011

    daripada dulu lagi isu fitnah yang tidak terkawal tersebar dengan meluasnya melibatkan individu dan parti-parti politik, dan baru sekarang ambil tindakan, baguslah juga kan, dari tiada apa-apa tindakan. pasal isu keagamaan pula popular sekarang nih. harap gantung terus website tu. haha

  3. Azah pada 23 Aug 2011

    kalau zaman dulu, blog sebar fitnah x de org kisah…tp sekarang blog adalah medium yg penting. so kerajaan memang kena jaga.

  4. Bai pada 23 Aug 2011

    Kalau sesape nak melaung “freedom of speech”, sila ingat, “freedom of speech” hanya tertakluk kepada tindakan kerajaan untuk menyenyapkan orang. Jadi tidak salah juga nak fitnah memfitnah ni tapi mangsa fitnah masih boleh memfail kes slander atau libel kat korang.

    Jadi, SKMM tiada hak untuk menentukan apa yang boleh dan tak boleh ditulis.

    • Obefiend pada 24 Aug 2011

      THIS IS TRUTH,,,,,,, I vote for you,,,,,,

  5. hurulaini pada 23 Aug 2011

    Berita tipu –> berita palsu….sound better…

    Tapi kan…lawak la menyemai disiplin dgn cara mengambil tindakan undang2…sepatutnya buat kempen di kalangan blogger berpengaruh utk didik blogger2 baru dlm etika penyebaran maklumat…
    :)

  6. Lebai pada 23 Aug 2011

    sepatutnya media perdana milik kerajaan juga
    kenalah tunjuk contoh yang baik, baru blogger dan rakyat boleh ikut
    tengoklah media arus perdana sekarang ini apa dah jadik
    teruk bebenor sekarang
    bila kena tang dia baru nak melatah sekarang
    padan muka

  7. ZoOL pada 23 Aug 2011

    biasa la, Blogger dah tumbuh cam cendawan selepas hujan.. ada yg beretika ketika menyampaikan maklumat, ada yg melampau2 sampai sanggup taburkan fitnah..

    Kalo kat dunia ni korang terlepas dari tuduhan fitnah, tgok la camne korang nak lepas dari azab Allah nnt.. renung2kan lah..

    Kalo korang dpt duit/earnings dr cara blogging tak beretika camtu, aku rasa duit tu tak halal kot.. Wallahualam..

  8. syamilshahimi pada 23 Aug 2011

    SKMM gi la pantau Harian Metro nye website. Banyak cerita tipu kat sana. HAHAHA

    • Fairuz Sulaiman pada 23 Aug 2011

      Setuju dengan lu bro. Lucah ..berahi semua ada di Harian Metro online mahu pun fizikal.

  9. RedBoys pada 23 Aug 2011

    Setuju dengan langkah kerajaan.. ambil tindakan pada mereka yang besar kepala!

  10. Fairuz Sulaiman pada 23 Aug 2011

    Setiap perkataan yang terpampang dan dibaca akan dibicara di Mahsyar. Saya amat berharap SKMM berlaku adil kerana banyak blog politik yang sangat berbaur kebencian tetapi SKMM buat dooonnoo je. Sakit hati betul la

  11. phoenixstudio pada 24 Aug 2011

    kalau terkena techtroll mcm mane?hehe..
    troll.jpg..

    kena ada kod etika untuk blogger..

    • Obefiend pada 24 Aug 2011

      dah bagi warning kalau masih bebal aku tak tau la nak nolong eh

    • Twit N View pada 24 Aug 2011

      yg ni kena bg kod etika kpd pembaca/pengomen agar jgn naif sgt, baca dan nilai dulu br komen, kalau tak nnt kena gelak coz tak reti nk bezakan yg benar dan troll.

  12. Reza Razali pada 24 Aug 2011

    Shut Up SKMM! U retards should try untuk disiplinkan your commission member first before nak disiplinkan orang lain.

  13. Fikri Adhiey pada 24 Aug 2011

    Ya….si penabur fitnah macam Obefiend.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader