Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Walaupun baru sahaja Skype memperkenalkan Skype 5.2 untuk Mac OS X, kini sekali lagi mereka mengemaskini aplikasi mereka, membawakan Skype 5.3 untuk para pengguna OS X. Dan menariknya melalui kemaskini aplikasi ini adalah sokongan panggilan video HD yang didatangkan bersama-sama dengannya.

Selain daripada itu, Skype 5.3 untuk OS X juga turut sama membawakan sokongan kepada sistem operasi terbaru daripada Apple, iaitu Lion, serta turut menyokong versi-versi sebelum ini. Melaluinya kini, para pengguna boleh menerima dan membuat panggilan video HD dengan mudah bersama-sama dengan rakan-rakan dan ahli keluarga mereka.
Para pengguna OS X boleh memuat-turun Skype 5.3 hari ini secara percuma, dan mula menggunakan panggilan video HD pada Mac OS X.
15 Komen
Tinggalkan Komen Anda
what does it mean by HD? 720p? 1080p?
klau camera x HD pon ley jadi video call HD? hehehe
aku pun tertanya-tanya jugak .. hihi
baru habis update. list die lebih nice.
wah..mkin clear le utk berwebcam :p
nak download lah…
Alamak. Kena beli ipad kalau macam tu
alaa.. ada ipod shuffle je… rugi tak boleh download…
dulu ada skype tp da lupa apa id
best giler ada hd
Nice. Dah install.
Very good
jelas n clear…
klu pkai mobile b.band mmg cpt abis quota
tq!dah download…=)
cool~