22Aug

Skype Mengambil-Alih Aplikasi Permesejan GroupMe

Perisian, Web 2.0

Baru-baru ini, seperti semua sedia maklum, aplikasi GroupMe telah pun mula menyokong para pengguna tempatan. Kini menariknya dimana syarikat panggilan video internet terkemuka, iaitu Skype telah pun secara rasminya mengumumkan pengambil-alihan GroupMe, dan ianya diperkatakan Skype membayar sehingga $85 juta untuknya.

Melalui GroupMe, ianya membolehkan para pengguna untuk berhubung dengan berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka dalam bentuk kumpulan dengan mudah, samada melalui teks mahupun melalui panggilan suara. Dalam bulan-bulan akan datang, mungkin kita akan dapat melihat pelbagai fungsi pada GroupMe mula diintegrasikan pada Skype sekalius menjadikan Skype lebih menarik lagi.

Ianya diperkatakan yang mana GroupMe akan kekal sebagai sebuah jenama berasingan buat masa ini. Pada masa yang sama, Skype juga turut sama sedang menunggu pengesahan penuh pengambil-alihan mereka oleh Microsoft.


Friendster Kini Menyokong Aplikasi Facebook dan OpenSocial
Twitter Bakal Menggunakan Peringkas URL Tersendiri
Friendster Baru Dilancarkan Untuk Semua Pengguna
Opera Terus Memfokuskan Mobile Store Dengan Pengambil-Alihan Handster
Aplikasi Bola Reminder Untuk Para Pengguna Android Diperkenalkan

2 Komen

  1. Amir Hamzah pada 22 Aug 2011

    Tengah tunggu pengesahan pengambilalihan pun sempat lagi ambil alih org lain? LMAO :-D

  2. EddyGeek pada 22 Aug 2011

    sekarang ni semua nak diambik alih. masing2 dibawah naungan syarikat besar.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader