Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Lanjutan daripada penemuan kod untuk panggilan video pada aplikasi Facebook Messenger, kini Skype sendiri mengesahkan yang mana mereka bakal memperkenalkan sebuah aplikasi Skype/Facebook yang membolehkan panggilan mudah-alih, serta juga panggilan berkumpulan melaluinya.

Selain daripada itu, aplikasi panggilan video pada Facebook juga akan turut ditambah dengan pelbagai perkara menarik lagi, termasuk kebolehan untuk membuat panggilan luar ke nombor talian-tetap dan juga talian mudah-alih terus melalui Facebook. Namun begitu, bilakah kedua-dua perkara ini akan diperkenalkan masih lagi tidak diketahui.
Sebelum ini, Skype dan Facebook telah memperkenalkan fungsi panggilan video pada laman mereka, membolehkan para pengguna Facebook membuat panggilan video bersama rakan-rakan mereka yang lain dengan mudah. Sehingga kini, ianya hanya diperkenalkan kepada lebih kurang 1% pengguna sahaja, dan akan diperkenalkan kepada lebih ramai secara berperingkat dalam minggu-minggu akan datang.
13 Komen
Tinggalkan Komen Anda
mesti best ni.bolehlah pakai skype dalam facebook jer.
Sebab ramai kata fb makin bosan, skype buat fb ada nilai tambah yg makin cool
not bad.. dah letak mcm2 tu harap2 takde la makin lembab nak access facebook ni..hu3
cool.
harap2 ad kemajuan nanti…
tak best
The death of conventional voice call..
mungkin tidak lagi berkubur pangilan koventinaol itu sebab tm bagi free call antara talian tetap. mungkin data call yang semakin naik.
ini sudah bagus
best la facebook pasni!!!
SUBARASHI!
cantikk..
“… membincangkan mengenai hala-tuju ..” ialah ayat yang salah tatabahasanya.
1. Frasa Kerja transitif (“membincangkan”) tidak boleh dipisahkan dengan kata nama/ Frasa Kata Nama (hala tuju) dengan Kata Hubung dsb
2. sengkang hanya digunakan untuk ayat pergandaan
Pembetulan:
“membincangkan hala tuju”