18Aug

Aplikasi Skype WiFi Diperkenalkan – Masih Mahal Untuk Pengguna Tempatan?

Microsoft, Perisian

Mungkin ramai yang sedia kenali akan Skype Access. Kini ianya diperkenalkan kepada para pengguna iOS dengan nama Skype WiFi, dimana membolehkan anda mengakses Skype melalui iPhone, iPad ataupun iPod Touch melalui lebih 1 juta hostspot WiFi diseluruh dunia.

Ianya lebih sesuai untuk mereka yang gemar untuk berjalan jauh, dan mengembara dimana tidak perlu membeli akses harian, sebaliknya boleh menggunakan Skype WiFi, dan membayar untuk apa yang digunakan sahaja.

Di Malaysia, para pengguan tempatan turut sama boleh menggunakan Skype WiFi melalui beberapa hotspot, termasuk dengan menggunakan Streamyx Hotspot. Namun begitu harganya dilihat agak mahal untuk pengguna tempatan, dimana ianya dikenakan caj sebanyak RM0.66 seminit untuk penggunaan Skype WiFi.

Walaubagaimanapun, berkemungkinan ianya mungkin ditawarkan dengan lebih murah daripada penyedia hotspot yang lain. Sekiranya anda telah mengujinya, apakah kadar yang dikenakan melalui hotspot yang anda gunakan?

Streamyx Hotspot is charging RM0.66/min if you are connected to it using Skype WiFi. It’s so pricey I might as well leech from Starbucks.less than a minute ago via TweetDeck Favorite Retweet Reply


Rekod Dunia Firefox 3 Di Umum Secara Rasmi
Microsoft Security Essentials Sedia Di Muat-Turun
Ingin Meletakkan Kenderaan? Kini Ada Aplikasi Untuknya
Microsoft Membawakan Pelbagai Kemaskini Baru Pada SkyDrive
Pembangunan Pelayar Web Chromium Mencapai Angka Versi 19

3 Komen

  1. Hasra pada 18 Aug 2011

    mahal jugak….

  2. mohd azizul pada 18 Aug 2011

    mahal sgt… x berbaloi

  3. leena pada 29 Feb 2012

    mahal.. tak ramai yang guna la


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader