Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti sedia maklum, Google sebelum ini pada tahun lepas telah mengambil-alih Slide pada harga lebih kurang $200 juta, dan kini ianya dilaporkan yang mana Slide akan ditamatkan, dan pekerja sedia ada akan menyertai beberapa bahagian di dalam Google sendiri, termasuk ke YouTube dan lain-lain produk Google.
Mungkin semua sedia maklum yang mana Slide merupakan pembangun disebalik beberapa aplikasi mudah-alih, seperti Pool Party, Disco dan juga Photovine yang diperkenalkan baru-baru ini.
Sehingga kini, Photovine masih lagi belum boleh diakses oleh para pengguna tempatan, selain baru-baru ini mereka mengumumkan perancangan untuk memperkenalkan aplikasi Android. Namun begitu, melalui pengumuman Google mengenai penutupan Slide juga, ianya sekaligus memberikan efek kepada aplikasi keluaran mereka, dimana ianya dijangka akan ditamatkan dalam masa beberapa bulan lagi.
Walaubagaimanapun, ianya amat mendukacitakan untuk melihat Google menghentikan aplikasi Photovine yang kelihatan amat menarik sekali. Mungkinkah Google akan memperkenalkan fungsi seumpamanya pada Google+ atau Picasa?
10 Komen
Tinggalkan Komen Anda
IMHO, I have this feeling that this is one of the way for Google (and other giants) to eradicate possible future competitors; buy em’ now & kill em’ off after that. Sigh…
better than suing at the court…the defendant lose their money, while in this case, the subject got money…
Yeah, pretty sad actually. Buying something only to discard them later. Guess that everyone in Motorola Mobility are having the same chill now.
tak sempat nak merasa bende ni
Dah open dah Photovine utk iPhone app.
http://photovine.com/p/DZy8fClIrOhV
banyak sangat app yang lakukan benda sama. susah nak compete. yang sokong pon geng geng android yang tak dapat rasa instagram.
belum merasa dah ditutup..hebat google ni..
Wtf Google? baru je launch photovine dah nak matikan servis?
Google : Produk Kami Always Beta™
selamat tggal photovine~