Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dunia pembangunan permainan tempatan terus maju, dimana hari ini, iniGames telah pun melancarkan aplikasi permainan untuk iPhone dan iPod Touch mereka yang mana berjudul Space Ship Ion. Secara ringkasnya ianya membawakan permainan tembak-menembak kasual kepada peranti iOS anda.
Ianya turut didatangkan dengan plot cerita yang menarik, menjadikan permainan Space Ship Ion itu lebih menarik berbanding biasa, dan setiap peringkat permainan mempunyai temanya yang tersendiri dan musuh yang unik untuk setiap satu.
Space Ship Ion boleh didapati melalui Apple AppStore pada harga cuma $1.99, ataupun para pengguna yang berminat, boleh mencuba Space Ship Ion Lite yang didatangkan percuma oleh iniGames.
6 Komen
Tinggalkan Komen Anda
ape beza free dgn yg bayar?
Game style masa zaman kecik2 lu.
majuuuu sudah.
android xder ker
macam best je…
Cuba lah..memang best