02Aug

Symbian Belle Pada Nokia N8 Diperlihatkan

Gajet, Perisian

Dengan peranti yang menggunakan Symbian Anna sudah pun mula kelihatan, kini versi seterusnya, iaitu Symbian Belle sudah pun mula kelihatan, dan menariknya, kini sebuah video khas turut dimuat-naik, memperlihatkan Symbian Belle beraksi pada peranti Nokia N8.

Melalui video ringkas selama 8 minit yang dirakamkan, ianya memperlihatkan yang mana Symbian Belle beroperasi dengan baik, dan lancar pada Nokia N8. Beberapa perkara menarik juga turut sama diperlihatkan. Salah satunya adalah pelayaran web pada Symbian Belle dilihat lancar, tanpa sebarang gangguan.

Ianya turut diperlihatkan yang mana Symbian Belle turut sama membawakan kemaskini antaramuka untuk aplikasi kamera terbinanya, serta sokongan carian aplikasi dengan mudah. Melalui video tersebut juga turut diperlihatkan susunan widget padanya yang boleh dikawal sepenuhnya, dalam keadaan berbeza pada paparan potrait dan landscape.

Ianya masih tidak diketahui bilakah kemaskini Belle akan diperkenalkan. Sebelum ini, ianya dilaporkan yang mana Symbian Anna akan menemui pengguna Nokia N8 dan beberapa peranti Nokia yang lain pada bulan Ogos ini.


BlackBerry Protect Dilancarkan Untuk Pengguna Malaysia
Samsung Tidak Ingin Membeli webOS Milik HP
SomNote Memudahkan Anda Mencatat Nota Pada Telefon Pintar Android Dan iOS
Samsung Galaxy S3 Di Malaysia Pada Awal Jun 2012?
Televisyen Pintar Daripada Samsung - SmartTV Dengan Lebih Dekat

17 Komen

  1. Hyuuga pada 02 Aug 2011

    nokia da tergugat daa ngan pesaing lain..

  2. Amir Hamzah pada 02 Aug 2011

    Sekarang ni musim semua dev nak amalkan “pembangunan panatas” ke?

  3. Janjang pada 02 Aug 2011

    wah,ade harapan N8 ku bertukar os tiap tahun la mcm ni

  4. din je pada 02 Aug 2011

    br le fight dgn yg laen..good nokia..thumbs up

  5. eSafarEE pada 02 Aug 2011

    first time nampak symbian lancar in terms of response to touch screen…

  6. Alan pada 02 Aug 2011

    Tak mampu nak beli benda ni semua…

    Hehe…

  7. Mashi pada 02 Aug 2011

    icon die xcomel la..
    cm buruk je tgk

  8. Shafique pada 02 Aug 2011

    masih lagi closed source dan nak install software susah symbian nie. cert key n apa ke jadahnya lagilah…

  9. Muhammad Iqbal pada 02 Aug 2011

    reka bentuk boleh tahan la..

  10. ali mamak pada 02 Aug 2011

    kalo buruk wat sendiri la brader..
    macam dasat je nak cakap cm2 kan…

    • Mashi pada 02 Aug 2011

      eleh ko nak melenting nape?
      aku dah pkai symbian,apple,android..
      juz nak komen,nama pun komen…
      “cubit sikit jerit supo ponde”
      peace

  11. nash pada 02 Aug 2011

    xberminat la ngan nokia nih… zaman untuk nokia sudah hampir berakhir…
    hehheheee

  12. Khairul Anuar pada 02 Aug 2011

    terbaik

  13. Juan pada 02 Aug 2011

    nokia going down

  14. budakudm pada 03 Aug 2011

    bukan hampir berakhir,dh memang berakhir pun….sbb nokia serah developmnt symbian ke pihak lain…..huhu

    • kikoz pada 03 Aug 2011

      nokia dh beralih kepada Windows Phone. Samsung, HTC juga mngeluarkan peranti versi windows phone selain android.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader