17Aug

TeamViewer Membolehkan Anda Mengakses Komputer Menggunakan Peranti Android Atau iOS

Perisian

Mungkin ramai yang sedia kenali akan aplikasi TeamViewer. Melaluinya, ianya membolehkan para pengguna menghantar dan mengakses fail menggunakan sebarang peranti mudah-alih kepada desktop dan sebaliknya dengan mudah, selain pada masa yang sama menyediakan akses Remote Control melaluinya.

Melalui TeamViewer, para pengguna boleh menghantar dan menerima fail diantara peranti mudah-alih dan juga desktop dengan mudah, sekaligus memudahkan kerja anda menguruskan fail, serta pada masa yang sama memproses fail dan dokumen dengan mudah dimana sahaja anda berada.

Selain daripada itu, salah satu fungsi menarik pada TeamViewer adalah sokongan Remote Control. Melaluinya, ianya membolehkan para pengguna untuk mengawal komputer dan desktop terus menggunakan peranti mudah-alih mereka. Paparan skrin yang diperlihatkan juga adalah sama seperti mana yang diperlihatkan pada desktop komputer anda.

Buat masa ini, TeamViewer menyokong Windows, Linux, dan juga Mac, selain pada masa yang sama turut menyediakan aplikasi mudah-alih untuk pengguna Android, iPhone dan juga iPad. Ianya juga ditawarkan secara percuma untuk kegunaan peribadi.

Terima kasih kepada @NoktahHitam


Aplikasi Sempena Filem Geng Dari Flavert Media
Snowl 0.2 Memudahkan Pengguna Ber-Tweet
UberTwitter Dijenamakan Semula Sebagai UberSocial
IE9 RC Telah Dimuat-Turun Lebih 36 Juta Kali
Tambah Efek Menarik Pada Video Melalui Aplikasi Android - Ultimate Special FX

9 Komen

  1. d2z pada 17 Aug 2011

    suka logmein lagi dari teamviewer :D

    • sword pada 17 Aug 2011

      setuju..

      • azzmi80 pada 17 Aug 2011

        Adakah logmein juga freeware??

        • Janjang pada 18 Aug 2011

          ya freeware. dah pakai masuk tahun 5 dah. mula2 pakai sendiri, sekarang kompany da pakai gak untuk configure kisok seluruh negara :) senang

          • Janjang pada 18 Aug 2011

            kiosk*

  2. Jyundoo pada 17 Aug 2011

    yg part remote control tu yg paling diminati ramai, mudah nak mengajar or setting pc yg duk jauh.

  3. yapompiow pada 18 Aug 2011

    semakin bagus dh teamviewer!

  4. fadle pada 19 Feb 2012

    selain team viewer ade lain x??…

    • maed pada 21 Feb 2012

      vnc


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader