Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Bersempena dengan bulan puasa ini, salah satu perkara yang disertai ramai oleh penduduk semua kaum adalah berkunjung ke bazar ramadan. Menariknya, kini sebuah web khas diperkenalkan, membolehkan para pengguna berkongsi lokasi bazar ramadhan berdekatan dengan mereka, selain pada masa yang sama melihat bazar ramadhan di lokasi-lokasi lain.

Selain daripada itu, bertambah menarik lagi adalah dimana ianya turut sama memperlihatkan apakah tarikan utama pada bazar ramadhan disesuatu lokasi, serta bilangan gerai disana, serta struktur harga yang dikenakan peniaga. Para pengguna juga turut sama boleh menggunakan sokongan geolokasi untuk melihat bazar berdekatan dengan kedudukan mereka terus melalui pelayar web.
Para pengguna pada masa yang sama turut boleh menyumbang padanya dengan mudah, iaitu dengan menggunakan akaun Facebook. Selain daripada itu, peta yang diperlihatkan pada laman tersebut juga menggunakan data daripada Bing Maps.
10 Komen
Tinggalkan Komen Anda
usefull :3
idea ramadhan ni:)
wow! mmg berguna nie
btol2… ramai ke yg kaki ziarah bazaar2 ramadhan ni? setiap hari g bazaar berbeza?
xde org nk update yg kelantan punyer ke??byk kt cnie…hmmm
nice ar.. but im not bazar hunter hehe..
bagus gak info mcm nie
Hanya popular pada bulan puasa aje. Lepas ni tenggelam balik.
Disebalik skrin laman dan barisan kod PHP dan CSS, terdapat individu yang bertanggungjawab bagi menjamin kedudukan laman ini di dunia maya.
Omar – Aplikasi Laman Web
Aman Firdaus – Nama Domain dan Tapak Web
Hoyeaaahh~
wow ! cantik la , lepas ni boleh la pergi redah semua bazar !