Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti setiap tahun, untuk tahun ini juga pihak TIME telah pun mengeluarkan senarai untuk 50 laman web terbaik untuk tahun 2011, serta 25 laman blog terbaik untuk tahun 2011. Namun begitu, ianya lebih bersifat kepada antarabangsa, dan memperlihatkan pelbagai jenis laman dan blog menarik yang diperlihatkan oleh mereka.

Menduduki tangga pertama untuk laman web terbaik tahun 2011 adalah 8tracks. Laman 8tracks ini bergenre-akan muzik dan video, membolehkan para pengguna untuk memilih lagu mengikut citarasa rentak mereka. Ianya juga turut sama membolehkan para pengguna berkongsi lagu-lagu menarik dengan rakan yang lain.
Untuk laman blog terbaik untuk tahun 2011 pula, TIME memilih The Everywhereist, iaitu salah satu laman blog yang memfokuskan kepada pengembaraan dan pelancongan. Ianya merupakan salah satu jurnal perjalanan oleh suami dan isteri, dimana melaluinya mereka merekodkan pelbagai perkara menarik dimana mereka pernah singgah dan lihat. Selain daripada itu, blog daripada bekas editor Engadget, iaitu This Is My Next turut menyertai dalam senarai laman blog pilihan tahun ini.
Jadi, apa pendapat anda mengenai senarai yang dikeluarkan oleh TIME untuk tahun 2011 ini?
15 Komen
Tinggalkan Komen Anda
ni smo otai kepada smo otai2. originality is everything sbg kriteria nk dpt terbaik atr yg terbaik
Adalah diharap peranan TIME juga diambil iktibar oleh pihak BLOG MALAYSIA. Pihak BLOG MALAYSIA seharusnya bekerjasama dengan SKMM demi menghargai dan mengiktiraf mana-mana laman web dan blog yang aktif dan berkualiti di dalam Malysia atau dari rakyat Malaysia.
Pihak BLOG MALAYSIA juga seharusnya aktif memainkan perananannya dalam hal kebangkitan aktiviti blogging yang dierbitkan oleh rakyat Malaysia dan bukan sahaja sekadar satu laman untuk para blogger dari Malaysia mendaftarkan blog mereka untuk penjanaan backlink.
Walauapapun, kami di cakapniaga berterima kasih kepada pihak pentadbiran dan pengurusan laman Amanz Network kerana menyediakan ruang komen untuk pelawat menghantar komen mereka setelah membaca artikel terbitan Amanz. Ternyata, setiap komen yang berkualiti di laman Amanz telah diindekskan oleh pihak pasukan Google Search di laman SERP.
Sekali lagi, Terima kasih Amanz dan Google. Secara langsung memberi peluang kepada pelawat laman Amanz mencipta brand masing-masing melalui aktiviti komen yang berkualiti.
Sepatutnya TIME juga memilih blog Amanz sebagai blog terbaik. Oh, hanya bahasa Inggeris sahaja. Tiada blog dalam bahasa orang Jepun atau China atau India yang masuk carta.
Otai blog je layak
nope. itu persepsi yang salah. TIME banyak list blog-blog baru. Ada yang baru lagi dalam dua tiga bulan jer, tapi sebab content dan cara penyampaian, ada masuk dalam list tue.
amanz x masuk senarai ke??
TIME bukan sembarangan brand…biasanya apa yg diorg listkan ni mesti ada penilaian yg tersendiri….
top blog tu yg kte sbg blogger di msia patut contohi
EveryWhereist tu suami dia founder SEOMoz.
Amanz lepas ni boleh kuarkan top blog malaysia plak..
Amanz pun brand yang power gak..
Kena tunggu 100 tahun lagi, bru layak kot
pengunjung amanz.my makin meningkat setiap hari…
amanz.my terbaik
Kalau blog berbahasa Melayu memang susah sikit nak masuk carta.
itu plihan dia je, kalo blog terbaik ak rse blog info bagus mcm techcrunch tu