03Aug

TonTon Kini Mempunyai Lebih Daripada 1.6 Juta Pengguna Berdaftar

Web 2.0

TonTon semestinya telah berkembang dengan pesat sejak ianya diperkenalkan pada Ogos tahun lepas, dimana sehingga kini, ianya menyokong pelbagai platform, termasuk iPad, serta telah pun memperkenalkan kandungan berbayar mereka. Pada masa yang sama, sejak Januari yang lepas trafik ke laman tersebut turut telah meningkat hampir tiga kali ganda.

Kini, TonTon dilaporkan mempunyai lebih daripada 1.6 juta pengguna berdaftar, dimana separuh daripada mereka boleh diperkatakan melayari laman tersebut secara aktif setiap minggu.

Sepanjang bulan lepas sahaja, TonTon dilaporkan telah memperlihatkan video selama lebih daripada 1.1 juta jam kepada para penggunanya, yang mana secara ringkasnya, ianya merupakan kandungan video bersaiz 300 terabyte. Selain daripada itu, pada masa yang sama, TonTon sehingga kini telah memainkan sebanyak lebih daripada 4,300 video pada masa yang sama kepada para penggunannya, angka tertinggi buat masa ini.

TonTon juga dijangka akan memperkenalkan lebih banyak fungsi baru kepada para penggunanya dalam minggu-minggu akan datang, sekaligus menjadi antara media baru untuk para pengguna menonton video melalui internet di Malaysia.


Diaspora Bakal Di Lancarkan Pada 15 September
ImageShack Mula Meminta Pengguna Mendaftar Domain Padanya
5 Topik Terhangat Di Twitter Sepanjang Minggu Berakhir 4 September
Facebook Menguji Dua Fungsi Sekuriti Baru Pada Laman Sosial Mereka
Facebook Menggunakan Sokongan OAuth Sepenuhnya - Mengubah Kata Laluan Kini Lebih Mudah Dan Pantas

8 Komen

  1. Famili Ceria pada 03 Aug 2011

    memang la nampak ramai ..sorang kena daftar dua tiga kali…baru boleh guna…

  2. Scromix pada 03 Aug 2011

    ada akaun je, masuk jrang skali hoho

  3. Twit N View pada 03 Aug 2011

    secanggih mana pun penyedia khidmat video dalam talian kalau talian internet Malaysia masih bermasalah dan limit penggunaan terhad pada harga yg mahal semuanya adalah tidak berguna…

    • abrar pada 03 Aug 2011

      aku sokong. mmg tidak puas layan dgn internet yg slow.

  4. topo pada 03 Aug 2011

    aku antara 1.6juta pengguna berdaftar yeah! hahaha

    • paeh pada 03 Aug 2011

      macam la kau sorang. aku punnnn~~

  5. eiman pada 03 Aug 2011

    daftar dan download video ke pc anda.. haha

  6. hazari pada 03 Aug 2011

    player dia tetap tak memuaskan hati


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader