30Aug

TV Al-Hijrah Kini Turut Menawarkan Siaran Saluran Melalui Web Rasmi

Web 2.0

Selain daripada melancarkan saluran televisyen Al-Hijrah baru-baru ini kepada semua, kini pihak Al-Hijrah TV juga turut sama menyediakan akses kepada saluran televisyen mereka itu melalui laman web rasmi, membolehkan para pengguna mengikuti saluran mereka secara langsung terus melalui pelayar web masing-masing dengan mudah.

Siaran langsung melalui web Al-HijrahTV itu dijayakan dengan kerjasama pihak AsyikTV dan menggunakan plugin Octoshape untuk menjayakannya. Plugin tersebut disediakan untuk pengguna Windows, OS X dan juga Linux, dan pada masa yang sama para pengguna juga memerlukan akses internet berkelajuan sekurang-kurangnya 150Kbps untuk menontonnya.

Selain daripada siaran saluran TV Al-Hijrah terus melalui web, mereka juga turut sama menyediakan rakaman beberapa video rancangan mereka untuk tatapan para pengguna web dengan mudah.

Tips awal daripada Omar


Chill Membolehkan Pengguna Menonton Video Bersama Rakan Lain
Google, Yahoo! Dan Amazon Membida Untuk Pembelian Hulu
Laku.my Memperkenalkan Pusat Direktori Untuk Penipu Internet - API Bakal Diperkenalkan
Bersama Pembangun CouponHouz - Finalis NEF-Awani 2011
Ked.ai Memudahkan Penjualan Barangan Yang Tidak Digunakan

7 Komen

  1. eSafarEE pada 30 Aug 2011

    alhamdulillah! tvalhijrah dah makin maju. kandungan dan pengisian pun bagus.

  2. Dianova pada 30 Aug 2011

    pas ni… tengok melalui internet lah …

  3. AMR pada 30 Aug 2011

    Sebulan berpuasa syaitan dan iblis dirantai… Habis ramadhan iblis dan syaitan dilepskn kembali, semasa laktullah ni dirantai konco2nya pulak sibuk buat rakaman dan persediaan menyambut mereka kembali.. X caye? Dok je dn tv raya ni kecuali tv alhijrah laa… X phm? RAYA NI SEMUA TV TAYANG CITER HANTU!!!! haaa… dah fhm maksud sy?… Aper pon x bley…

  4. BloggerHowtt pada 30 Aug 2011

    Wah makin maju

  5. jyundoo pada 30 Aug 2011

    paling suka rancangan Lau Kana Rasulullah indana. kat TV alhijrah,

  6. Raheem pada 30 Aug 2011

    support TV al-hjrah! yay!

  7. dyn pada 30 Nov 2011

    best la tv alhijrah, yang paling best rancangan ”ustaz” don hehe…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader