Cari @ Amanz

Nampaknya, kini Twitter mula memperkenalkan satu demi satu fungsi menarik pada lama mereka. Setelah mengaktifkan sokongan gambar semalam, kini Twitter terus mengemaskini perkhidmatan berasaskan web mereka, dimana kini mereka menambah salah satu tab baru pada Twitter.com, dinamakan sebagai Activity.

Selain daripada itu, pada masa yang sama, tab @Mentions juga ditambah dengan beberapa perkara baru. Secara ringkasnya, kini selain daripada hanya melihat apa yang ditweet kepada seseorang pengguna itu, para pengguna turut sama boleh melihat akan beberapa perkara tambahan, termasuk sekiranya tweet anda di RT oleh para pengguna yang lain, serta sekiranya ada sesiapa yang mengikuti anda ataupun menambah anda kepada List.

Melalaui tab Activity pula, ianya memperlihatkan pelbagai perkara berkaitan rakan yang anda ikuti, termasuk sekiranya mereka mengikuti atau diikuti seseorang yang baru, ataupun sekiranya Tweet mereka di RT yang lain.

Dengan pengenalan kemaskini ini, ianya sekaligus menjadikan Twitter lebih interaktif dan sosial, selain memudahkan para pengguna mengikuti pelbagai perkembangan dengan lebih mudah lagi. Fungsi ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna dalam hari-hari akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd