11Aug

Twitter Mengemaskini Twitter.com – Menambah Tab Activity

Web 2.0

Nampaknya, kini Twitter mula memperkenalkan satu demi satu fungsi menarik pada lama mereka. Setelah mengaktifkan sokongan gambar semalam, kini Twitter terus mengemaskini perkhidmatan berasaskan web mereka, dimana kini mereka menambah salah satu tab baru pada Twitter.com, dinamakan sebagai Activity.

Selain daripada itu, pada masa yang sama, tab @Mentions juga ditambah dengan beberapa perkara baru. Secara ringkasnya, kini selain daripada hanya melihat apa yang ditweet kepada seseorang pengguna itu, para pengguna turut sama boleh melihat akan beberapa perkara tambahan, termasuk sekiranya tweet anda di RT oleh para pengguna yang lain, serta sekiranya ada sesiapa yang mengikuti anda ataupun menambah anda kepada List.

Melalaui tab Activity pula, ianya memperlihatkan pelbagai perkara berkaitan rakan yang anda ikuti, termasuk sekiranya mereka mengikuti atau diikuti seseorang yang baru, ataupun sekiranya Tweet mereka di RT yang lain.

Dengan pengenalan kemaskini ini, ianya sekaligus menjadikan Twitter lebih interaktif dan sosial, selain memudahkan para pengguna mengikuti pelbagai perkembangan dengan lebih mudah lagi. Fungsi ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna dalam hari-hari akan datang.


Friendster Kini Menyokong Aplikasi Facebook dan OpenSocial
Twitter Mula Mengintegrasikan Carian Dan Trend
Twitter Memperkenalkan Platform Pengiklanan Rasmi
Facebook Mencapai Angka 500 Juta Pengguna
GengBlogger Dan 1Tube.my Bersatu Bawah 1Tube Network

10 Komen

  1. budaini pada 11 Aug 2011

    terima kasih Twitter… :)

  2. Faizal pada 11 Aug 2011

    Lom dapat lagi ini barang.

  3. arpem pada 11 Aug 2011

    xde lg la..

  4. Twit N View pada 11 Aug 2011

    byk benda baru mereka perkenalkan utk versi web, harap2 tak nazak ler loading web tu nnt..

  5. hazriq ishak pada 11 Aug 2011

    hoyeah. menarik :D

  6. syafiq kamil pada 11 Aug 2011

    perkenal fungsi baru, loading web kena improve gak la..

  7. nash pada 11 Aug 2011

    menarik.. xtengok pon twitter tadi.. hehee

  8. khairil pada 11 Aug 2011

    hari2 bukak web twitter tapi aku punya dia tak update lagi

  9. brobard pada 11 Aug 2011

    dh prasan lg mggu lepas.. pape pn kemas~!

  10. Zul's Stuff pada 11 Aug 2011

    terbaek la…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader