Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Twitter terus menambah portfolio mereka, dimana hari ini, mereka mengumumkan pengambil-alihan Bagcheck, iaitu salah satu penyedia platform untuk berkongsi dan menemui pelbagai perkara menarik. Seperti biasa, harga pembelian tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak buat masa ini.
Bagi yang tidak kenali Bagcheck, ianya membolehkan para pengguna berhubung dengan minat-minat mereka dengan mudah, dan berkongsi pelbagai perkara dengan yang lain. Menariknya mengenai pengambil-alihan ini adalah dimana Bagcheck akan terus beroperasi. Namun ianya tidak diketahui sampai bilakah ianya akan terus beroperasi.
Pembangun Bagcheck juga kini akan menyertai Twitter, dan mungkin akan membangunkan pelbagai perkara baru padanya. Buat masa ini, Twitter masih belum mengumumkan perancangan mereka disebalik pengambil-alihan ini.
6 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Damn son! (Ayat Tekong). Sekarang Acquisition punya trend ke. Google tengah ada masalah dengan Oracle. Tunggu dorang beli Oracle untuk elak lawsuit. Heh!
klu la Google beli Oracle… ada baik nya… mesti lepas ni Open Office dan pelbagai lagi product yang telah dikuasai Oracle dari Sun akan kembali menjadi Open source…
mjuuu twitter
blawan2 heh diorg ni
mcm ni lah.. twitter..
Pertama kali baca pasal bagcheck ni… huhuhu