27Aug

Twitter – Lebih Pantas Daripada Gempa Bumi

Web 2.0

Ianya amat jarang sekali kita dapat lihat video promosi untuk Twitter. Kini, melalui sebuah video promosi khas, Twitter memperlihatkan yang mana para pengguna perkhidmatan mereka mengetahui sesuatu perkara lebih pantas daripada pengguna lain, dan pada masa yang sama, membolehkan pelbagai perkara diselamatkan.

Video ini diperlihatkan berikutan daripada kejadian gempa bumi baru-baru ini di New York City, dimana para pengguna Twitter telah menerima pelbagai mesej lebih pantas sebelum bandar tersebut ditimpa gempa bumi.

Twitter sendiri kini telah menjadi platform untuk pelbagai perkara disampaikan lebih pantas dan pada kos yang lebih rendah. Di Malaysia sahaja, pelbagai syarikat menggunakan perkhidmatan Twitter, termasuk P1 yang memberikan khidmat sokongan pelanggan melalui Twitter, serta PLUS yang menggunakan Twitter untuk menyampaikan keadaan lalu-lintas semasa di leubhraya mereka.


WiMax Dari YTL Pada Bulan Julai 2010
Pemilik Baru SelangorBloggers.com Sedang Dicari?
Dapatkan Akses Beta StyleKandi Sekarang
Aplikasi Vinode Membolehkan Pengguna iOS Mengetahui Pelbagai Info Dalam Kaedah Interaktif
MPAA Ingin Mensasarkan Lebih Banyak Laman Perkongsian Fail

22 Komen

  1. Dauspozi pada 27 Aug 2011

    Muahahaha.. kreatif dowh!..

  2. apiih pada 27 Aug 2011

    leubhraya .. #kbai

  3. pak cik karipap pada 27 Aug 2011

    terbaikla….

  4. cakapniaga pada 27 Aug 2011

    Teramat setuju dengan semua kenyataan yang telah diterbitkan oleh Amanz (di atas) mengenai kelebihan menggunakan Twitter walaupun masih ramai pengguna Twitter yang tidak mendapat tafsiran sebenar tentang apakah maknanya “micro-bloging” yang seharusnya sudah mencapai tahap “micron-blogging”. Adalah diharap pada 2012, Twitter memperkenalkan “micron-blogging” yang secepat kilat berkait rapat dengan kerja-kerja SEO terbukti pada setiap laman SERP untuk kesemua enjin carian gergasi i.e. B,G, & Y.

  5. yapompiow pada 27 Aug 2011

    terbaikkk!!

  6. ekspresiruang pada 27 Aug 2011

    kreatif nak mampos. kuasa sebuah tweet

  7. Denaihati pada 27 Aug 2011

    Sebab tu aku suka dengan Twitter ni…

  8. miizan pada 28 Aug 2011

    owhh jom kita tweet

  9. jimmy pada 28 Aug 2011

    nais! :D

  10. afendi pada 28 Aug 2011

    cool advertisement..

  11. anazhd pada 28 Aug 2011

    nice :3 ..

  12. chidori pada 28 Aug 2011

    naiss..

  13. Roslan pada 28 Aug 2011

    khurafat ni..kui3…

  14. zuan pada 28 Aug 2011

    twitter ada keunikkannya yang trsendiri :)

  15. AMR pada 28 Aug 2011

    wohaha.. terbaiklah!

  16. muhammad fakhruddin pada 28 Aug 2011

    Twitter taknak buat promo macam mana Twitter digunakan masa revolusi…hehehe

  17. Amir Said pada 28 Aug 2011

    Menarik!

  18. Mohamad Zakwan pada 28 Aug 2011

    Wah… hebat… Klu Google+ camner plak…?

  19. Zul's Stuff pada 28 Aug 2011

    dh penah bca dh bnda ni kt web laen 2 hri lps….

    • slowpoke pada 29 Aug 2011

      abis tu ko bangga r skang nih?

  20. Wan pada 28 Aug 2011

    aku harap twitter dpt lawan pesbok


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader