23Aug

Twitter Memperkenalkan Galleri Khas Untuk Gambar Yang Dimuat-Naik Oleh Pengguna

Web 2.0

Setelah memperkenalkan sokongan carian media terutamanya gambar pada Twitter, dan seterusnya memperkenalkan fungsi memuat-naik gambar melalui perkhidmatan Twitter sendiri, kini mereka terus menambah-baik perkhidmatan tersebut, dan kini para pengguna boleh melihat galleri gambar yang dimuat-naik oleh seseorang pengguna itu.

Melaluinya, ianya akan memperlihatkan 100 gambar terakhir yang pernah di Tweet oleh seseorang pengguna itu samada melalui Twitter, yFrog, TwitPic dan pelbagai perkhidmatan lain, dan diperlihatkan dalam bentuk galeri yang ringkas. Untuk melihatnya, para pengguna hanya perlu ke halaman profail seseorang pengguna, dan seterusnya melihat gambar yang pernah mereka muat-naik dibahagian tepi dengan mudah.

Buat masa ini, perkhidmatan ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan mungkin anda akan dapat melihatnya bermula daripada esok. Sama-sama kita nantikannya.


We’re rolling out a new feature today. Go to a profile & view images that account has shared on Twitter. More info: http://t.co/2HgSNq9less than a minute ago via web Favorite Retweet Reply


Facebook Membeli Syarikat Malaysia - Octazen
Malaysia Airlines Membolehkan Anda Membuat Tempahan Melalui Facebook
Maxis Memperkenalkan Maxis Connects
CIMBClicks Memperkenalkan Laman Mesra Peranti Mudah-Alih
Cari.com.my Menyertai Industri Tawaran Harian - Melancarkan Cari Deals

15 Komen

  1. yapompiow pada 23 Aug 2011

    mmg menarik!

  2. Twit N View pada 23 Aug 2011

    bagus ni, dapat ler tgk gambar2 menarik..harap2 xde ler yg NSFW sgt..

  3. shahrul pada 23 Aug 2011

    bagus la boleh tgk balik gambar2 lama yg aku xtau kt mana. ada kt twitpic, yfrog & plixie

  4. bubbles182 pada 23 Aug 2011

    Baru tanye psl ni kat twitter tadi. Ingatkan dah lama. Belum ketinggalan zaman lg rupanya :P

  5. snazzybizarre pada 23 Aug 2011

    makin syg kat twitter lpas nh…. LOL

  6. khairil pada 23 Aug 2011

    nice, senang view :)

  7. BloggerHowtt pada 23 Aug 2011

    Wah menarik, twitter cuba nak tandingi FB nampak.

  8. Zul's Stuff pada 23 Aug 2011

    perh!!!!..mantoooopp!!!

  9. topo pada 23 Aug 2011

    fuyooooo menarik ni haha semua boleh kumpul kat twitter je

  10. matjoe pada 23 Aug 2011

    cool features

  11. delang pada 23 Aug 2011

    i like

  12. Faris pada 23 Aug 2011

    Wow! macam ni memang seronok la….boo kepada facebook

  13. kikoz pada 23 Aug 2011

    kusam

  14. hazari pada 23 Aug 2011

    baru perasan yang selama ni cuma upload 4 gambar je..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader