26Aug

Twidroyd Dijenamakan Semula – UberSocial Untuk Android Diperkenalkan

Perisian, Web 2.0

Setelah memperkenalkan aplikasi UberSocial untuk para pengguna BlackBerry dan juga iPhone, kini pembangunnya turut sama memperkenalkan aplikasi yang serupa kepada para pengguna Android, dimana merupakan penjenamaan semula dan pengintegrasian bersama-sama aplikasi Twidroyd daripada pembangun yang sama.

Sama seperti aplikasi UberSocial pada peranti lain, melalui UberSocial untuk Android, ianya membolehkan para pengguna melihat media-media yang dikongsikan rakan-rakan lain dengan mudah tanpa meninggalkan aplikasi tersebut, selain pada masa yang sama mengikuti UberChannels yang membawakan pelbagai kandungan menarik khas untuk penggunanya.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun UberSocial untuk Android daripada Android Market secara percuma hari ini, dan mula menggunakannya untuk mengendalikan Tweet anda.

Pada masa yang sama, bagi yang menggunakan aplikasi Twidroyd sebelum ini, kemaskini aplikasi mereka akan membawakan dua ikon, iaitu ikon Twidroyd dan UberSocial, dimana kedua-duanya akan membuka aplikasi yang sama, UberSocial untuk Android.


Chrome 10 Membawakan Peningkatan Pada Enjin JavaScript
250 Juta Pengguna Menggunakan FB Connect Setiap Bulan
Maaduu Membolehkan Anda Menonton Drama Korea Secara Percuma
Adobe Flash 11 Dan AIR 3 Bakal Dilancarkan Pada Bulan Oktober
Facebook Bakal Memperkenalkan Butang Subscribe Untuk Digunakan Pada Laman Ketiga

6 Komen

  1. shahrul pada 26 Aug 2011

    meriah le twitter

  2. matjan pada 26 Aug 2011

    UI sucks. aku tak tau kenapa designer android dan blackberry ni tak setanding dengan kualiti iOS.

  3. zerous pada 26 Aug 2011

    best ni, kita mesti cuba!

  4. W.R pada 26 Aug 2011

    pernah saya gunakan twitter uber ni namun ketidakselesaan itu ada dr segi fungsinya yang terllau serabut. jika sudah ada penambahbaikan tentu dapat menyaingi tweetcaster atau sebagainya…

  5. abdjabbar pada 26 Aug 2011

    Tumpang tanya, jika kita mempunyai lebih dari satu akaun, adakah dibolehkan dengan aplikasi ini? kira nak lihat status dari kedua-dua akaun.

  6. sword pada 27 Aug 2011

    da lama guna ok je..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader