15Aug

Ubuntu 11.10 Akan Menggunakan Thunderbird Sebagai Klien Emel Utama

Linux, Sumber Terbuka

Setelah sekian lama menggunakan Evolution, kini bermula daripada Ubuntu 11.10 kelak, klien emel utama yang akan disertakan bersama-sama dengan sistem operasi sumber terbuka tersebut kelak adalah Mozilla Thunderbird. Thunderbird juga kini dalam proses untuk diintegrasikan bersama-sama persekitaran Unity pada Ubuntu.

Bagi yang pernah mencuba versi pembangunan Ubuntu 11.10 Alpha sebelum ini, semestinya anda telah melihat Thunderbird disertakan bersamanya sebagai klien emel utama. Ianya diperkatakan ketika itu hanyalah pada proses ujian, dan sekadar mendapatkan maklumbalas pengguna. Namun, kini perkara ini telah disahkan sepenuhnya.

Seperti sedia maklum, Thunderbird kini turut sama menggunakan latar masa pembangunan pantas, sama seperti Firefox, dimana kini Thunderbird 6 sedang dibangunkan. Mungkin ini merupakan salah satu perkara mengapa pihak pembangun Ubuntu memilihnya sebagai klien emel utama.


Edit Imej Melalui Pelayar Web Dengan Ubiquity
Pelancaran WordPress 3.1 Di Tangguhkan
SimpleLinux Penyelamat Pada 15 Januari
Linux Mint Debian 201012
Pembangunan Untuk Firefox 8 Metro Telah Pun Dimulakan

2 Komen

  1. Naim pada 16 Aug 2011

    terbaek…

  2. gamep01nt pada 16 Aug 2011

    i wonder why default email client pun susah nk decide. padahal boleh kira je bpe org yg guna email client sekarang. lgpun bukan susah nk tukar balik pergi Evolution and vice versa.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader