Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Ingatkah lagi ujian yang dilakukan oleh Google untuk menyembunyikan bar URL pada pelayar web Chrome sebelum ini? Nampaknya, fungsi yang dinamakan sebagai Navigasi Kompak itu ditamatkan, dan mungkin tidak akan diperkenalkan oleh Google untuk masa ini.

Menurut Google, ianya bukanlah salah satu cara baik untuk antaramuka Chrome buat masa ini, dan oleh kerana itu, mereka telah menamatkan eksperimen tersebut, dan tidak lagi akan mengujinya.
Sebelum ini sendiri, ketika ujian tersebut dilakukan oleh Google, ianya telah menerima komen ramai pengguna, mengatakan yang mana ianya akan menyukarkan pelayaran web, disamping sukar untuk melihat URL dan sebagainya. Ianya kelihatan yang mana Google turut sama mendengar pendapat pengguna mereka, dan mungkin tidak akan memperkenalkannya dalam maasa terdekat ini.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Setuju dengan langkah ini. Kalau ada benda ni senang la orang kena tipu dengan website fake macam yang kena kat Maybank2u. Sebabnya pelawat-pelawat ni bukan tengok pun URL dia, tau main redah dan terjah je. Hehe.
Satu lagi status bar perlu ada, boleh jadi sebab sekuriti juga.
memang tak best. masa mula2 keluar cadangan tu aku dah tak suka. dan security issue. terutamanya phishing.
memang agak menyukarkan jikalau URL disorok.
mesti feedback tidak menggalakkan.
Kalau dibuat autohide orait gak macam opera mobile browser.tapi kena ade status bar kt bawahle so bole tau site tu safe ker x..
bagus gak depa buat macam tu.kena ada perubahan untuk aspek tu.tambah pula phishing maybank2u makin menjadi2.
nak sqli susah.. tu orang x mau..
go go chrome. hehehe. semakin tertarik lagi….