17Aug

UMobile Mula Menawarkan BlackBerry PlayBook Tanpa Kontrak

Google

Setelah Maxis menjadi yang terawal menawarkan BlackBerry PlayBook, kini pihak UMobile turut sama mengikut, dimana kini mereka telah pun mula menawarkan tablet pertama daripada RIM itu pada harga serendah RM1,199 untuk 16GB dan juga RM1699 untuk 64GB.

Namun apa yang menariknya adalah dimana ianya ditulis BlackBerry PlayBook ditawarkan tanpa sebarang kontrak. Untuk mendapatkannya, anda hanya perlu beralih kepada pakej BIS daripada UMobile pada harga RM68 sebulan, dan sudah boleh mendapatkan peranti tersebut.

Ianya turut sama diperlihatkan yang mana tawaran harga tersebut hanya untuk pelanggan baru yang beralih perkhidmatan BIS kepada UMobile sahaja, sebaliknya pelanggan sedia ada UMobile BIS, boleh mendapatkannya pada harga RM1599 untuk 16GB dan juga 64GB pada harga RM2199. Pengguna yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan ini terus daripada halaman rasmi UMobile BlackBerry.


Google Sediakan Dashboard Untuk Lihat Status Google Apps
Import Emel Anda Yang Lain Ke Dalam GMail
Blogger Menguji Sokongan Tema Mobile
Angry Birds Untuk Windows Phone Dilancarkan
Carian Google Malaysia Turut Memperlihatkan Data Panggung Dan Masa Tayangan

7 Komen

  1. Azim Norazmi pada 17 Aug 2011

    amanz xnak buat review ke?

  2. wazy pada 18 Aug 2011

    Harga yang sungguh menarik

  3. rizuani pada 18 Aug 2011

    agaknya apakah kegunaan playbook?

  4. Obefiend pada 18 Aug 2011

    aik aritu cakap ekslusif kepada Celcom. Penipu CEO BB nih. tul tak aman?

  5. NurulAini pada 18 Aug 2011

    Interesting! ^____^

  6. larl pada 18 Aug 2011

    bagusla jugak kalau xder kontrak ni.. :P

  7. Shafique pada 18 Aug 2011

    Tak do kontrak mm okay la gak tak terasa beban membayar. Skang pakai celcom Rm 50 monthly tapi bil mmg dalam RM 70 total usage. Sapa ada duit leh angkut nie. Amanz tak review “mainbuku” nie?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader