24Aug

Windows 8 Membawakan Perubahan Pada Fungsi Pengurusan Fail

Microsoft

Lanjutan daripada semalam, hari ini Microsoft memperlihatkan lagi beberapa perubahan yang bakal diperkenalkan pada Windows 8 kelak melalui proses pengurusan fail mereka, termasuk beberapa fungsi popular seperti salinan, dan juga perpindahan fail dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

Sebelum ini, Microsoft telah pun memperlihatkan sokongan USB 3.0 pada Windows 8. Melalui video terbaru ini, mereka memperlihatkan yang mana melalui Windows 8 kelak, para pengguna boleh menguruskan semua kegiatan salinan mereka terus melalui satu tetingkap sahaja, dan bukannya tetingkap yang berbeza seperti sebelum-sebelum ini.

Pada masa yang sama, tetingkap pengurusan dialog konflik juga diubah dan berbeza berbanding pada Windows 7. Sekiranya sebelum ini anda perlu menetapkan satu demi satu untuk proses yang sama, kini anda boleh melakukannya semuanya pada masa yang sama, sekaligus menjimatkan masa, dan proses perpindahan itu sendiri.

Mungkin dalam hari-hari akan datang, mungkin Microsoft akan memperkenalkan lebih banyak perubahan pada Windows 8 satu demi satu. Sama-sama kita nantikannya.


Silverlight 3 Bakal Di Persembahkan Mac 09
HTC HD7 Akan Mula Di Jual Jumaat Ini Oleh Maxis
Peranti Windows Phone Dari Nokia Pada 26 Oktober?
Aplikasi Skype Untuk iPad Ditarik Balik
Microsoft Menawarkan Aplikasi SkyDrive Untuk Windows, dan Mac OS X

7 Komen

  1. haziqfathihin pada 24 Aug 2011

    terbaiklah windows 8….lebih user friendly..xsbr nak tggu windows 8 kuar nanti…

  2. alia pada 24 Aug 2011

    mcm best je w8 ni..bile nk officially kluar?

    • nadi3ah pada 24 Aug 2011

      tu la…
      tah bile dier nak klu…
      x saba dah nie….

  3. SJ pada 24 Aug 2011

    best

  4. Amirulez pada 24 Aug 2011

    makin style la.. tak sabar nie.. agak2 bila keluar ekk.

  5. yapompiow pada 24 Aug 2011

    kemas! dan menarik

  6. Haziq pada 24 Aug 2011

    tak sabar.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader