Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selain daripada antaramuka baru pada Windows 8, salah satu fungsi baru menarik yang bakal didatangkan bersama-sama dengan sistem operasi generasi baru daripada Microsoft itu kelak adalah sokongan untuk membaca fail VHD dan juga fail ISO dengan mudah tanpa memerlukan aplikasi tambahan seperti sebelum-sebelum ini.
Melalui sokongan baru yang diperkenalkan, ianya membolehkan para pengguna membaca dan menjalankan fail ISO dan VHD sebagai driver khas dan berasingan, dan boleh dilakukannya secara maya, tanpa keperluan sebarang perisian dan aplikasi tambahan.
Selain daripada itu, proses untuk menggunakannya juga mudah, dan pada masa yang sama, para pengguna dengan mudah boleh memindahkannya kepada CD atau DVD dengan mudah. Ianya sekaligus memudahkan para pengguna untuk menyimpan fail-fail dalam bentuk ISO dan VHD dengan senang.
4 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Mmg microsoft patut ada aplikasi nie sejak dulu lagi. Kan memudahkan user dorang, nie nk kena ada perisian tambahn untuk jalankan fail iso. Tahniah Microsoft~~
wah~ terbaik..
pasni xpyh la nak cari software daemon
terbaik la window 8 nie….xpyah la ssah nk cri soft len…