09Aug

Windows Live Bakal Membawakan Sokongan Integrasi Skype?

Microsoft

Dengan pengambil-alihan Skype oleh Microsoft, ramai yang menantikan integrasi panggilan video pada perkhidmatan mereka. Dan kini, melalui kemaskini ikon untuk Windows Live Wave 5, ianya memperlihatkan beberapa ikon, menunjukkan Windows Live akan mengintegrasikan fungsi panggilan video padanya.

Buat masa ini, fungsi baru pada Windows Live dan juga Windows 8 tidak diketahui sepenuhnya, dan Microsoft diperkatakan akan memperkenalkan sebahagian daripadanya pada acara BUILD yang bakal diadakan pada bulan September kelak.

Ianya juga tidak diketahui samada Windows Live ini akan memperkenalkan integrasi Skype, ataupun memperkenalkan panggilan video mereka tersendiri. Walaubagaimanapun, ramai yang mempercayai, ianya mungkin menjadi antara pengintegrasian pertama Skype pada produk Microsoft, selain daripada pada Xbox dan beberapa yang lain yang dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi.


Office 14 - Aplikasi Pejabat Dari Microsoft
Microsoft Integrasi Facebook Pada Live
Windows 8 Pada Tahun Hadapan?
Paparan Skrin Dan Fungsi Baru Windows 8 Mula Kelihatan
Microsoft Memperlihatkan Perancangan Untuk Windows Phone Tango

1 Komen

  1. hazriq ishak pada 09 Aug 2011

    patutlah microsoft beli skype.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader