14Aug

Windows Phone Mango Build 7720 Mula Tersebar Di Internet

Microsoft

Ianya masih lagi tidak diketahui bilakah Windows Phone 7.5 Mango akan dilepaskan kepada para pengguna. Namun begitu, menariknya, ianya kelihatan yang mana versi pembangunan Windows Phone Mango RTM – Build 7720 telah pun mula tersebar di internet, dan boleh dicuba oleh para pengguna Windows Phone sedia ada.

Melalui laman terkemuka XDA Developers, ianya memperlihatkan beberapa kaedah untuk menggunakan Build 7720 ini pada peranti anda. Namun begitu, seperti sedia maklum, semua perkara ini tidak ditanggung oleh pihak Microsoft atau pengeluar peranti tersebut, dan segalanya adalah diatas tanggungjawab penuh pengguna itu sendiri.

Microsoft dijangka akan melancarkan Windows Phone Mango kepada para pengguna seawal bulan September ini kelak, dan beberapa peranti dijangka akan diperlihatkan seawal 1 September ini. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


Office 14 Bakal Di Datangkan Dalam Dua Variasi
Sokongan Suara dan Sentuhan Pada Windows 8
Microsoft Menlo Sebagai Ganti Windows Pada Tablet?
Pengguna IE9 RC Akan Dikemaskini Ke Versi Akhir Secara Automatik
MS-DOS Kini Menyambut Ulang-Tahun Ke-30

2 Komen

  1. Rasul pada 14 Aug 2011

    boleh ke aku try Mango nie kat dalam HTC Trinity aku??

  2. syamilshahimi pada 15 Aug 2011

    Dah berapa lama Microsoft canang nak release Mango, tapi x kuar2 jugak. Dev diorang masih x dapat stabilkan lagi ke update tu? Haihhh. Microsoft=slow


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader