15Aug

WordPress 3.3 Akan Membawakan Sokongan Drag-Dan-Drop Untuk Muat-Naik Media

Sumber Terbuka, Web 2.0

Dengan pelancaran WordPress 3.2 beberapa minggu sebelum ini, semua sedia maklum yang mana pembangunan WordPress 3.3 telah pun dimulakan, dan disasarkan pelancarannya pada 15 November. Kini pada WordCamp San Francisco, Matt berkongsi beberapa perkara mengenainya.

Salah satu perkara yang diberikan perhatian pada WordPress 3.3 adalah fungsi memuat-naik media melaluinya. Kini, Matt mengatakan yang mana bermula daripada WordPress 3.3, ianya akan menyokong fungsi muat-naik melalui drag-dan-drop sepertimana terdapat pada beberapa perkhidmatan Google. Pada masa yang sama, ianya juga turut sama akan dioptimasikan lagi penggunaannya.

Selain daripada itu, perhatian serius juga turut diberikan kepada halaman pentadbir, dimana ianya diperkatakan beberapa perubahan antaramuka akan diperlihatkan, menjadikannya lebih responsif berbanding sekarang ini.

Mungkin kita akan mendapat lebih banyak maklumat berkaita WordPress 3.3 dalam beberapa minggu akan datang, dengan bermulanya pembangunan yang lebih aktif untuknya.


Kod Sumber Android Menemui Pembangun
Twitter Instant - Google Instant Versi Twitter
Jom Pasang Widget Ubuntu Natty Pada Blog
Pembangun GengBlogger Melancarkan Vlog.my
Kini Anda Boleh Menyemak Domain .my Melalui SMS

4 Komen

  1. Mr Rileks pada 15 Aug 2011

    best2, bertambah mudah ler keje upload meng’upload pic pas nie… :D

  2. sankai pada 15 Aug 2011

    dashboard sekarang macam berat. terutamanya part nak buat entry.

  3. jyundoo pada 15 Aug 2011

    suka guna window live writer, sebagai editor wp.

  4. reezluv pada 15 Aug 2011

    oho..makin best dan jgn makin banyak loophole sudah…:P


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader