Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sepertimana yang diperkatakan sebelum ini, kini, hari ini, pihak Wall Street Journal sendiri mengesahkan yang mana Apple sedang dalam proses membangunkan iPad generasi baru dengan resolusi yang lebih tinggi berbanding dengan iPad yang terdapat sekarang ini.
Menurut WSJ, iPad baru itu kelak akan membawakan resolusi 2048×1536 padanya, dan kekal membawakan skrin seluas 9.7-inci seperti yang terdapat pada iPad sekarang ini. Ianya turut diperkatakan yang mana Apple bakal mulakan ujian pengeluaran sekitar bulan Oktober kelak, dan sekiranya semuanya berjalan lancar, iPad generasi ketiga ini mungkin akan menemui pengguna pada awal tahun hadapan.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
dah nak ipad 3??huh..laju sungguh teknologi..
Update sikit2 je, kalau update sekaligus tahun depan dah takde benda nak update produk. rugi la. business smua ni, diorg dah tahu sebab manusia mempunyai tahap keinginan yg tinggi walaupon benda tu hampir same je dgn yg lama. haha.
btol tu. ibarat cam proton la. skg kluar persona. esok lusa keluar persona SE. pastu persona limited edition la, R3 le.
itu cara nak panjangkan hayat produk, memang tu je cara mereka nak buat duit.
cara terbaik untuk extend product life cycle.
pas2 sape2 yg bru beli ipad 2,msti nk jual.sb nk bli ipad 3..same thhing goes on bile kua ipad 4 and so on..
Laju betul apple nak keluarkan ipad 3 ..!!
last last semuanya hanya lebih kurang jer, layan youtube, buat kerja skit, main game, tu jer