Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Hari ini, Yahoo! secara rasminya memperkenalkan pemain media berasaskan web yang mana dibangunkan sepenuhnya menggunakan HTML dan juga JavaScript, yang mana dipanggil sebagai Yahoo! WebPlayer. Melaluinya ianya membolehkan pemilik laman web menambah kandungan yang diperkaya dalam bentuk yang lebih menarik dan elegen lagi berbanding kebiasaan.

Yahoo! WebPlayer ini menyokong hampir kebanyakkan format yang digunakan di arena web, termasuk video YouTube, Yahoo! Video, MP3 dan juga WMA. Selain daripada itu, ianya turut didatangkan dengan teknologi tambahan, membolehkan para pengguna dan pembaca web anda melihat kandungan dan video berkaitan dengan mudah melaluinya.
Menariknya mengenai Yahoo! WebPlayer adalah dimana kini para pengguna tidak lagi perlu memasukkan kod-kod untuk sesuatu video secara manual dan dengan sukar, tetapi sebaliknya hanya menggunakan Yahoo! WebPlayer, dan ianya akan dimainkan dalam bentuk yang lebih interaktif, sekaligus menjadikan sesuatu laman tampak lebih professional.
Buat masa ini, Yahoo! WebPlayer boleh didapati dalam versi beta, dan para pengguna yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan Yahoo! WebPlayer ini melalui halaman rasmi mereka, dan melihatnya beraksi melalui halaman tersebut.
15 Komen
Tinggalkan Komen Anda
nampak promising..worth to try out..
mantap!yahoo dah upgrade player video ni…
peperangan search engine :p
aku suka dengan UI web player ni
boleh tahan gak webplayer ni…
Kiranya, ni macam player untuk multimedia di web la eh? Still, tak nampak apa kelebihannya, esp untuk video (macam kalau ambil dari Youtube), bukankah lebih mudah kalau embed terus?
thanks amanz…aku da install terus blog aku! haha cpt gila
smart2…aku da install terus. haha
smart2, aku da terus install
best…
cantik2.blh than..
Yo.. memang terbaik. Yahoooo..
Yahoo is still in business?
dasat, nak lawan yutiub nie hehe..
cool.